Idea bisnes dari Shah Rizal: Kedai Gunting Rambut Forex - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Idea bisnes dari Shah Rizal: Kedai Gunting Rambut Forex



Orang ramai menceburi Forex atas pelbagai sebab. Sesetengahnya mencari duit tambahan untuk terus bernafas di dalam gelora kehidupan, sementara yang lain mencari kemewahan, swag dan wang mudah. Satu sebab lazim untuk berdagang Forex adalah untuk mengejar impian, dan ia mungkin berbeza dari seorang pedagang kepada seorang pedagang yang lain. Di sebalik setiap pesanan yang dibuka, ada impian di sebaliknya: kereta sport, rumah keluarga, kemandirian, pelancongan impian dan sebagainya.

En. Shah Rizal Bin Mat dari Taiping, Perak, Malaysia, mengimpikan untuk membuat wang dengan cara apa yang beliau sukakan. Beliau sudah obses dengan fesyen rambut lelaki untuk sekian lama bila beliau mula berdagang, dan bila karier Forex sepenuh masa beliau sudah cukup menguntungkan, beliau telah mengambil satu lagi keputusan sukar dengan amat pintar sekali:

"Saya sangat suka menggunting rambut, manakala berdagang matawang pula karier sepenuh masa saya. Jadi saya gabungkan kedua-duanya dan membuka KEDAI GUNTING RAMBUT FOREX".


En. Shah Rizal Bin Mat mendedahkan serba sedikit tentang kaedah berdagang beliau dan cara beliau mengolah peluang karier menjadi sesuatu yang menarik dan berguna untuk komuniti.

Bagaimana karier Forex anda bermula?

Saya mula mengenali Forex bila saya berada dalam perkhidmatan angkatan tentera Malaysia. Bila saya sudah sangat mahir berdagang Forex, saya putuskan untuk bersara dari menjadi tentera dan jadi pedagang sepenuh masa.

Minat saya terhadap fesyen rambut lelaki mengilhamkan saya untuk membuka sebuah kedai gunting rambut. Mempertimbangkan betapa kedai saya mempunyai ramai pelanggan, saya fikir mengapa tidak saya ambil peluang ini untuk menyampaikan berita betapa mudahnya perdagangan Forex jika orang benar-benar faham apa ia sebenarnya. Saya sering bercakap tentang Forex jika pelanggan ingin tahu lebih lanjut mengenainya. Saya benar-benar suka memperkenalkan Forex kepada orang awam.

Idea kedai gunting rambut untuk pedagang sungguh asli sekali. Bagaimana anda boleh terfikir mengenainya?

Saya buka Trader Barbershop untuk mengisi masa lapang saya, juga kerana ia hobi saya. Selepas saya masuk pasaran, saya sering mendapati saya tiada apa-apa hendak dibuat. Dengan adanya kedai ini, kuranglah kebosanan saya. Saya juga suka bertemu dengan orang ramai. Inilah tempat untuk berbual tentang Forex dan belajar tentang kehidupan seorang pedagang matawang. Ramai pelanggan saya kini tahu wujudnya kerjaya pedagang matawang. Saya juga sering berikan mereka kelas percuma di sini.

Ceritakan lagi kisah "pengalaman newbie" anda sendiri kepada kami. Bagaimana anda belajar tentang Forex sebelum mula mengajar orang lain? Apakah cabaran terbesar anda?

Saya fikir ketamakan saya adalah punca semua masalah saya. Pengalaman paling saya ingati adalah masa-masa di mana saya rugi berulang-ulang kali kerana ketamakan saya. Perkara paling sukar dalam perdagangan Forex adalah mendisiplinkan diri sendiri. Jika seseorang itu boleh melakukannya dengan lebih cepat daripada saya, maka dia mampu jadi pedagang yang lebih baik dari saya. Sama ia dicapai dengan cepat atau lambat, semuanya bergantung kepada diri masing-masing.


Saya buat keputusan berdasarkan kepada analisis teknikal. Pengurusan dana juga penting. Bila semua kriteria analisis saya telah dipenuhi, ia memberikan saya keyakinan untuk memutuskan sama ada mahu menjual atau membeli demi memanfaatkan peluang tersebut. Namun, itu tidak akan mampu menandingi kepentingan untuk sentiasa memastikan kekuatan dan ketahanan modal akaun dagangan terjaga.

Jadi, anda gabungkan ilmu Forex anda dan minat anda dalam penggayaan rambut menjadi satu bisnes yang menguntungkan. Tetapi perdagangan Forex dan bisnes offline dua perkara berbeza, benar? Bagaimana anda lakukannya?

Saya fikir Forex adalah sebuah bisnes, seperti bisnes-bisnes yang lain. Pengalaman berdagang saya memberikan saya banyak wawasan bisnes sebenarnya – sebagai contoh, pengalaman saya dengan Forex mengajarkan saya banyak sekali tentang pengurusan dana. Anda harus bijak untuk jadi seorang juara.

Pilihan lokasi, persekitaran dan kejiranan juga penting. Samalah juga dengan perdagangan Forex. Anda harus ada alasan anda sendiri mengapa anda mahu membeli atau menjual, benar? Bila anda memulakan sebuah bisnes, anda harus bijak dalam mencatur strategi anda. Anda juga perlu yakin dengan apa yang anda lakukan.

Nasihat saya kepada mereka yang mahu memulakan bisnes – jangan malu-malu hendak bertanya dengan veteran industri. Belajar dari pengalaman. Kumpulkan semua maklumat yang perlu sebelum memulakan bisnes. Keangkuhan adalah musuh anda. Merendah diri dan hormati orang lain jika anda mahu dapatkan ilmu.

Boleh anda jelaskan apa matlamat anda dengan Forex? Apakah matlamat anda dan mengapa?

Forex benar-benar telah membantu saya mendapatkan modal untuk memulakan bisnes saya. Sejak saya berdagang sepenuh masa, keuntungan Forex saya banyak membantu saya dalam kehidupan. Bagi saya ia bukanlah tentang duit semata-mata. Saya percaya gaya hidup pedagang bukanlah semata-mata tentang kereta mewah, rumah besar atau berjimba 24/7.

Bagi saya, perkara paling manis tentang Forex adalah kebebasan yang ia berikan untuk pedagang memutuskan apa yang beliau mahu lakukan dengan hidupnya. Setiap orang menjalani kehidupan yang berbeza. Kemampuan untuk membeli apa yang anda mahu sudah cukup untuk memberikan kebahagiaan buat diri anda, keluarga dan insan-insan tersayang.


Apakah rancangan seterusnya? Beritahu kami rancangan anda.

Saya merancang untuk membantu para pedagang baru mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam tentang Forex. Dengan ilmu Forex yang mencukupi, adalah lebih mudah untuk menghasilkan keuntungan besar secara berterusan. Semuanya di hujung jari anda.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini