Ringgit ditutup tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk dua kali berturut-turut hari ini, selepas mencecah paras terendah tahun ini pada sesi dagangan awal, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit ditutup pada 4.0740/0790 berbanding dolar AS daripada 4.0770/0820 pada Isnin.

Peniaga berkata, ringgit menyusut kepada paras 4.0860 pada dagangan awal, paras terendahnya sejak 27 Disember 2017, sebelum kembali meningkat susulan minat belian sederhana walaupun sentimen serantau yang lemah dan ketegangan dagangan.

“Kebanyakan mata wang serantau merosot berbanding dolar AS susulan AS melaksanakan semula sekatan terhadap Iran, menambah kepada sentimen lemah disebabkan ketegangan dagangan antara Beijing dan Washington,” katanya.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.9842/9881 daripada 2.9840/9887 pada Isnin dan menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.6640/6692 daripada 3.6631/6679.

Ringgit lebih kukuh berbanding pound British kepada 5.2819/2905 daripada 5.2854/5935 namun menyusut berbanding euro kepada 4.7218/7284 daripada 4.7134/7208 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini