Ringgit dibuka tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini ketika minat pelabur terhadap unit tempatan itu berikutan pemulihan sentimen di peringkat global walaupun harga minyak mentah mengalami penurunan.

Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan pada paras 4.0920/0960 berbanding dolar AS daripada 4.1030/1070 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Seorang peniaga berkata dolar AS tinggi berikutan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed), Jerome Powell pada Jumaat mengenai kemungkinan menaikkan kadar faedah pada bulan depan.

“Ini meningkatkan minat risiko terhadap mata wang negara sedang pesat membangun termasuk ringgit,” katanya.

Sementara itu, prestasi ringgit adalah bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lainnya.

Ia susut berbanding pound British kepada 5.2590/2658 daripada 5.2668/2723 pada Jumaat lepas namun tinggi berbanding yen pada 3.6799/6844 daripada 3.6851/6887.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9980/3.0027 daripada 2.9950/9980 dan turun berbanding euro kepada 4.7598/7661 daripada 4.7502/7553.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini