Ringgit ditutup rendah berbanding dolar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan yang lebih lemah bagi ringgit berikutan kemungkinan Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah bulan depan.

Pada jam 6 petang, ringgit jatuh kepada 4.1030/1070 berbanding dolar AS daripada 4.0960/0990 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidikan Pasaran FXTM Global, Jameel Ahmad berkata, dolar AS telah pulih berikutan pengeluaran minit mesyuarat Rizab Persekutuan, menandakan satu lagi kenaikan kadar faedah pada September.

“Beberapa mata wang di rantau Asia Pasifik telah jatuh berbanding dolar AS, termasuk baht Thailand, ringgit, yuan China, rupee India dan rupiah Indonesia,” katanya dalam satu nota.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9942/9974 daripada 2.9948/9977 pada Selasa dan menokok berbanding yen kepada 3.6994/7037 daripada 3.7135/7176.

Ringgit jatuh berbanding pound Britain kepada 5.2765/2824 daripada 5.2507/2553 dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.7431/7489 daripada 4.7182/7225.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini