Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, memandangkan mata wang negara maju itu meningkat semula ketika kekurangan minat risiko dalam pasaran tukaran asing, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.1050/1080 berbanding dolar AS daripada 4.0950/0980 pada Selasa.

Peniaga berkata, mata wang Asia, termasuk ringgit, lemah hari ini dalam keadaan pengambilan untung ke atas peningkatan awal.

“Peniaga turut berhati-hati dengan ketegangan perdagangan AS-China selain tumpuan kini terarah kepada kenyataan awam yang akan dibuat Presiden Donald Trump pada tempoh akhir 5 Sept mengenai kenaikan tarif ke atas barangan China bernilai AS$200 bilion,” katanya.

Sementara itu, Ketua Dagangan Asia-Pasifik Oanda, Stephen Innes berkata dagangan agak lengang memandangkan ringgit kekal diniagakan sedikit setelah pelabur Asia menumpukan renminbi China.

Sementara itu, nota tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0047/0080 daripada 3.0062/0095 ketika ditutup pada Selasa dan naik berbanding euro kepada 4.7914/7957 daripada 4.7920/7963.

Mata wang tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.6909/6946 daripada 3.6879/6916 semalam dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.2897/2940 daripada 5.2834/2893 pada Selasa.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini