Ringgit ditutup tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan permintaan menurun terhadap mata wang AS itu, menjelang pengumuman minit mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed AS) yang yang dijadualkan pada Rabu ini.

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.0960/0990 berbanding dolar AS daripada 4.0990/0200 yang direkodkan pada penutupan semalam.


Ketua Penyelidik Pasaran dan Strategi Mata Wang FXTM Global, Jameel Ahmad, berkata ringgit yang lebih kukuh itu selari dengan prestasi mata wang rantau Asia Pasifik, yang meneruskan momentum positif bermula awal minggu ini, susulan komen Presiden Donald Trump terhadap kenaikan kadar faedah.

“Apa yang mempengaruhi pelabur dan nilai dolar AS yang lebih lemah adalah disebabkan kenyataan Trump bahawa beliau tidak teruja dengan kenaikan kadar faedah Fed AS,” katanya dalam satu nota.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding mata wang utama lain.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 2.9948/9977 daripada 2.9885/9913 semalam dan merosot berbanding yen kepada 3.7135/7176 daripada 3.7045/7075.

Ringgit turut menyusut berbanding pound British kepada 5.2507/2553 daripada 5.2225/2276 dan lebih lemah berbanding euro kepada 4.7182/7225 daripada 4.6765/6804 pada Isnin.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini