Ringgit mendatar


KUALA LUMPUR: Ringgit mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini disebabkan kekurangan minat belian, kata peniaga.

Pada 9.13 pagi, ringgit tidak berubah berbanding dolar AS pada 4.0740/0790 penutup semalam.

Ringgit bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9859/9898 daripada 2.9842/9881 dan susut berbanding euro kepada 4.7258/7320 daripada 4.7218/7284.

Ringgit mengukuh berbanding yen kepada 3.6564/6619 daripada 3.6640/6692 dan menokok berbanding pound British kepada 5.2693/2762 daripada 5.2819/2905. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini