Ringgit mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disebabkan permintaan lemah dalam pada mana dolar AS yang semakin mengukuh, sementara menunggu ulasan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell lewat hari ini.
Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1080/1110 berbanding dolar AS berbanding 4.1030/1070 penutup semalam.
Peniaga berkata, pelabur akan memantau ucapan Powell sama ada kadar faedah akan dinaikkan September ini.
"Pelabur memerhati situasi ini berikutan terdapat kemungkinan besar Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat bulan depan selepas dua kenaikan sebelum ini pada Mac dan Jun," katanya.
Sementara itu, ringgit didagangkan mengukuh berbanding mata wang utama lain.
Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 2.9907/9935 daripada 2.9942/9974 Khamis dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6860/6890 daripada 3.6994/7037.
Ringgit menokok berbanding pound British kepada 5.2603/2658 daripada 5.2765/2824 dan mengukuh sedikit berbanding euro pada 4.7423/7466 daripada 4.7431/7489. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini