Ringgit rendah berikutan sentimen lemah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini sejajar dengan mata wang serantau akibat sentimen lemah di tengah-tengah ketegangan perdagangan global dan ketidakpastian geopolitik.

Pada jam 6 petang, ringgit ditutup pada 4.0830/0870 berbanding berbanding 4.0740/0770 bagi setiap dolar semalam.

Peniaga berkata, selera terhadap aset pasaran baru terjejas berikutan sekatan yang dikenakan ke atas Russia dan pengenalan semula sekatan ke atas Iran, mencetuskan kebimbangan ketidakpastian geopolitik, di samping sentimen yang telah merosot disebabkan ketegangan perdagangan global.

"Impak gabungan peristiwa terbabit menimbulkan penghindaran risiko, menjejaskan saham dan pasaran mata wang Asia," katanya.

Sementara itu, ringgit keseluruhannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9781/9813 daripada 2.9883/9914 kelmarin, tetapi menurun berbanding yen Jepun kepada 3.6800/6846 daripada 3.6653/6687.

Mata wang tempatan itu mengukuh berbanding pound kepada 5.2193/2248 daripada 5.2498/2544 dan menokok berbanding euro kepada 4.6779/6837 daripada 4.7230/7277. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini