XM Kembali ke Kuala Lumpur Untuk Seminar Forex dan CFD - 22 September 2018.





Khas buat pelanggan dan juga pelabur online yang bersedia untuk mengikuti program pendidikan ekstensif anjuran XM di lokasi-lokasi di seluruh Malaysia, satu seminar dagangan forex dan CFD bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 22 September 2018.

Seminar bertajuk The Avramis Swing Trading Techniques akan memberi fokus kepada perkara-perkara yang paling penting serta penggunaan yang praktikal untuk salah satu kaedah dagangan yang kerap digunakan iaitu dagangan swing.

Akan dijalankan di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel, seminar ini terbuka buat pedagang baru dan juga berpengalaman yang ingin mempelajari tentang teknik-teknik dagangan swing daripada instruktor profesional bertauliah, Avramis Despotis.

Dalam acara pendidikan intensif ini, Avramis Despotis akan menyampaikan tentang kepentingan penggunaan alat analisis teknikal termasuk Indikator Avramis Swing dan Indikator Avramis Trend Reversal yang direka untuk membantu pedagang mengenalpasti trend dengan mudah, mendapatkan poin entri dan keluar yang optimum dan mengurus risiko dengan lebih berkesan.

Kami menanti kehadiran pelanggan-pelanggan baru dan sedia ada XM ke seminar yang akan berlangsung pada 22 September nanti. Untuk maklumat lanjut serta pendaftaran awal, sila klik sini.



Teknik-Teknik Dagangan Avramis Swing
Kami menjemput semua pelanggan kami ke seminar dagangan forex percuma yang akan memberi fokus kepada salah satu kaedah dagangan yang popular iaitu dagangan swing.

Matlamat kami adalah untuk menjelaskan bagaimana kaedah dagangan ini boleh digunakan secara berkesan dalam pelaburan forex dan juga instrumen-instrumen lain yang didagangkan dalam bentuk Kontrak Perbezaan (CFD) seperti saham, indeks saham, logam berharga dan tenaga pada platform MT5 XM.

Buat pedagang yang memilih untuk menggunakan dagangan swing, adalah penting untuk mengenalpasti pergerakan harga jangka pendek di dalam pasaran forex dan CFD. Untuk melakukannya dengan cara yang terbaik di samping mengawal risiko, pedagang perlu memiliki ilmu yang mencukupi dalam penggunaan alat analisis teknikal. Oleh itu, seminar ini akan memberi penerangan tentang teknik-teknik yang diperlukan dalam dagangan swing untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Peserta seminar berpeluang untuk melihat beberapa teknik analisis teknikal yang penting seperti penggunaan kerangka masa, sokongan dan rintangan, Fibonacci retracement, Fibonacci fan dan Fibonacci time zone di mana semua ini akan ditunjukkan dengan menggunakan contoh pasaran sebenar.

Sesi Pertama Seminar
Dalam sesi pertama seminar, peserta akan menerima butiran dan penjelasan mengenai faktor-faktor yang dapat mempengaruhi pasaran forex dan CFD global di mana semua ini perlu diketahui terlebih dahulu sebelum peserta dapat memahami trend dan memilih alat yang sesuai untuk melakukan analisis trend.

Sesi Kedua Seminar
Sesi ini akan memberi fokus kepada butiran dan penggunaan Indikator Avramis Swing yang dapat membantu pelabur online mengenalpasti pasaran bullish vs bearish dan menganalisis trend menaik vs menurun untuk sebarang instrumen kewangan. Selain itu, kami juga akan menunjukkan penggunaan satu lagi alat milik Tradepedia iaitu Indikator Avramis Trend Reversal yang terbukti sangat berguna dalam merancang poin masuk dan keluar yang optimum serta mengurus risiko dengan meletakkan pesanan ambil untung dan henti rugi.

Hasil Pembelajaran
* Mendapatkan pemahaman yang jelas tentang pasaran forex dan CFD global
* Memahami intipati kaedah dagangan swing vs dagangan hari
* Menghasilkan isyarat masuk dan keluar dan menetapkan henti rugi dan ambil untung
* Belajar penggunaan analisis teknikal untuk hasil yang lebih baik
* Belajar menggunakan Indikator Avramis Swing dan Indikator Avramis Trend Reversal




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini