Sambutan Memberangsangkan Seminar Forex XM di Empat Bandar di Malaysia - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Sambutan Memberangsangkan Seminar Forex XM di Empat Bandar di Malaysia



Sebanyak empat lagi seminar XM telah diadakan di Malaysia dengan kejayaan yang besar di antara 3 dan 17 Ogos sebagai kesinambungan daripada program pendidikan forex besar-besaran bermula pada beberapa bulan yang lalu di seluruh Asia Tenggara.

Dalam usaha terhadap permintaan yang tinggi oleh pelabur forex individu untuk menyertai pendidikan forex percuma XM di beberapa lokasi di Malaysia, pada bulan Ogos ini kami menganjurkan dua seminar yang berlangsung secara serentak di dua bandar dalam satu masa. Kami berbesar hati untuk menyediakan pelanggan kami dengan pendidikan profesional yang ditawarkan di Johor Bahru dan Kedah pada 3 Ogos dan diikuti oleh seminar di bandar Kuantan dan Kuching pada 17 Ogos.

Di setiap premis acara, kakitangan syarikat kami sangat gembira menyambut kehadiran pelanggan baru dan sedia ada XM secara empat mata dan memberikan perhatian tidak berbelah bahagi pada setiap penyampaian seminar. Topik seminar oleh instruktor forex yang berpengalaman iaitu Mohd Helmi Izani yang diterangkan di Johor Bahru dan Kuantan merangkumi butiran informatif berkaitan dengan indikator Avramis Swing, manakala di Kedah dan Kuching instruktor dan pakar forex terkenal Zulle Razak berkongsi maklumat berharga bersama penonton mengenai cara untuk menggabungkan pelbagai teknik dagangan ke dalam satu strategi dagangan yang berjaya yang boleh digunakan dalam jangka masa panjang.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pelanggan kami yang mengambil bahagian dalam seminar-seminar XM dan pada masa yang sama kami ingin menjemput semua yang terlepas untuk mengikuti seminar kami dan berhasrat untuk menyertai seminar pendidikan XM untuk mendaftar ke seminar forex kami yang seterusnya di Malaysia.

Untuk butiran lanjut dan menempah tempat duduk anda secara percuma ke seminar kami yang akan datang, sila klik sini.


























































































































Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini