Ringgit ditutup tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan saat akhir yang lebih baik di tengah-tengah pasaran mata wang baru muncul yang jatuh dan merebak ke kelas aset lain, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.1430/1460 berbanding dolar AS daripada 4.1460/1500 pada Rabu.

Ketua Strategi Pasaran FXTM, Hussein Sayed, berkata pelabur menghadapi minggu yang sukar kerana kejatuhan ini merebak ke kelas aset lain, bukan hanya di ekonomi membangun tetapi juga di negara maju.

"Kejatuhan dalam peso Argentina dan lira Turki pada mulanya dipercayai tidak akan membawa kepada sebarang limpahan, tetapi sekarang risiko itu kelihatan seperti menular ke dalam semua kelas aset," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, ekuiti pasaran baru muncul memasuki pasaran yang lembap, jatuh 20 peratus daripada paras tertinggi pada Januari," katanya sambil menambah rupee Indonesia, rupee India, rand Afrika Selatan dan beberapa mata wang pasaran baru muncul sama ada diniagakan pada paras paling rendah atau terendah dalam beberapa tahun.

Public Investment Bank Bhd, dalam satu nota berkata, pasaran Eropah merudum ketika kebimbangan mengenai konflik perdagangan yang membuatkan pelabur tidak berminat untuk aset yang lebih berisiko.

Firma penyelidikan itu berkata, kegelisahan itu dialami pasaran baru muncul di Asia, dengan mata wang mengalami jualan besar-besaran.

Ringgit ditutup lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0116/0144 daripada 3.0052/0094 pada Rabu dan merosot berbanding euro kepada 4.8138/8189 daripada 4.7986/8040.

Mata wang tempatan itu merosot berbanding yen kepada 3.7217/7254 daripada 3.7154/7200 dan berkurang berbanding pound Britain kepada 5.3569/3624 daripada 5.3031/3103 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini