Ringgit dalam landasan kembali meningkat - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dalam landasan kembali meningkat


SINGAPURA: Ringgit berada dalam laluan untuk kembali meningkat berikutan aliran dana asing mula kembali ke Malaysia, sekali gus meredakan tekanan ke atas Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat penyesuaian ke atas kenaikan kadar faedah oleh pasaran baru muncul serantau.

Ringgit susut sekitar enam peratus daripada paras tertinggi pada awal April lalu apabila pembuat dasar bertegas dengan keputusan mereka dan dalam masa yang sama negara seperti Indonesia dan India bergegas menyokong mata wang masing-masing di tengah-tengah kebimbangan mengenai aliran keluar modal.

Titik perubahan mungkin berlaku memandangkan hasil pulangan Malaysia menjadi semakin menarik kepada pelabur.

Inflasi dijangka berada pada kadar negatif dalam bulan-bulan akan datang dan kekal rendah memasuki 2019.

Pengurus dana asing sekali lagi membeli bon domestik, dengan pembelian sebanyak AS$866 juta pada Julai selepas mencatatkan aliran keluar selama tiga bulan berturut-turut.

Dalam masa yang sama, penganalisis teknikal mencadangkan mata wang berkenaan yang berada dalam landasan penyusutan terburuk berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejak 2015 bakal berhadapan dengan lonjakan semula.

“Kami menyukai bon dalam ringgit terutama dalam jangka panjang,” kata Ahli Strategi Standard Chartered Bank di Singapura, Lawrence Lai.

“Pasaran beta rendah seperti hutang dalam ringgit Malaysia dan baht Thailand dilihat mendapat lebih banyak sokongan daripada aliran asing berbanding aliran dalam pasaran berhasil tinggi,” katanya.

BNM sebelum ini dijangka menaikkan kadar faedah dalam mesyuarat Rabu ini, di tengah-tengah pertumbuhan yang perlahan.

Malah, kebanyakan ahli ekonomi yang ditemubual oleh Bloomberg kini meramalkan BNM akan mengekalkannya sehingga akhir tahun hadapan.

Bagaimanapun, pulangan 10 tahun Malaysia kekal antara yang tertinggi di Asia, apabila ditutup pada 4.05 peratus pada Jumaat lalu. Berdasarkan pelarasan inflasi, ia juga kelihatan lebih menarik.

Indeks Harga Pengguna (CPI) pada 0.9 peratus tahun ke tahun pada Julai lalu susut berbanding lebih lima peratus setahun setengah lalu, menurut Jabatan Statistik Malaysia.

Pulangan sebenar di Thailand dan Korea Selatan secara kasarnya masing masing adalah sebanyak 1.25 peratus dan 0.8 peratus.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini