Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, menjejaki harga minyak yang rendah, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, nota tempatan didagangkan pada 4.130/1370 berbanding dolar AS daripada 4.1270/1320 pada penutupan Isnin.

Beliau berkata dolar AS yang lebih kukuh disebabkan harga minyak mentah yang susut dengan ketara menyebabkan ringgit berusaha mengekalkan tarikannya.

Sehingga 9.30 pagi, stok simpanan minyak mentah Brent diniagakan lebih rendah kepada AS$78.11 setong ekoran kebimbangan terhadap penambahan bekalan.

Peniaga itu berkata harga minyak mentah Brent merosot ekoran peningkatan bekalan oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Amerika Syarikat, walaupun jangkaan penurunan keluaran dari Iran susulan sekatan AS mulai November, memberikan sokongan.

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Ia rendah berbanding yen kepada 3.7204/7250 daripada 3.7167/7215 pada penutupan semalam, meningkat berbanding euro kepada 4.7959/8018 daripada 4.7865/7931, dan turun berbanding pound kepada 5.3150/3223 daripada 5.3123/3191.

Bagaimanapun, nota tempatan sedikit tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0087/3.0122 daripada 3.0089/1132.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini