Ringgit dibuka rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini meskipun harga minyak mentah lebih tinggi, kata peniaga.
Beliau berkata, harga yang lebih tinggi diimbangi dengan peningkatan hasil global, terutama di AS yang mengurangkan permintaan bagi bon tempatan.
“Namun, sentimen positif mungkin sedikit terencat disebabkan beberapa laporan yang menunjukkan pengeluar Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersetuju bahawa harga minyak mentah melebihi AS$80 setong adalah terlalu tinggi.
“Jika OPEC mengharapkan dapat menstabilkan harga antara AS$70 hingga AS$80 setong, ia mungkin merendahkan sentimen pasaran dan mempengaruhi pasaran semasa,” katanya.
Ringgit bagaimanapun didagangkan kebanyakan lebih tinggi berbanding matawang utama lain.
Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0260/0294 daripada 3.0271/0304 pada Jumaat, namun lemah berbanding yen kepada 3.6690/6735 daripada 3.6609/6654.

Ia lebih tinggi berbanding euro kepada 4.8518/8577 daripada 4.8607/8679 dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.4051/4107 daripada 5.4428/4501.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini