Ringgit ditutup tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan permintaan pelabur terhadap mata wang itu yang bertambah baik dalam keadaan prospek pertukaran asing yang tidak jelas, kata seorang peniaga.

Pada jam 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.1350/1400 berbanding dolar US daripada 4.1415/1445 pada Rabu.

Bagaimanapun, Ketua Dagangan Oanda bagi Asia-Pasifik Stephen Innes, berkata pasaran mata wang tidak mendapat banyak petunjuk hari ini.

“Kebanyakan peserta pasaran sedang mencari alasan sama ada untuk menjual atau membeli.

“Malah, dolar AS dilihat sebagai lesu (selepas mencatatkan peningkatan sebelum ini),” katanya.

Ringgit kebanyakannya diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding yen kepada 3.6837/6898 berbanding 3.6866/6896 pada Rabu dan meningkat berbanding euro kepada 4.8380/8459 daripada 4.8439/8491.

Ringgit melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.0216/0261 daripada 3.0237/0267 pada Rabu, namun rendah berbanding pound Britain kepada 5.4594/4677 daripada 5.4581/4633.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini