Ringgit kembali kukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan minat dagangan dan sentimen risiko yang lebih baik di tengah pengukuhan harga minyak mentah dunia.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.1350 / 1390 berbanding dolar AS daripada 4.1415 / 1445 pada Rabu.

Peniaga berkata ringgit mengambil peluang dari peningkatan risiko global dan sentimen pasaran baru muncul yang membantu mata wang serantau pada umumnya.

Ringgit juga didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0209 / 0245 daripada 3.0237 / 0267 pada Rabu dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6834 / 6880 daripada 3.6866 / 6896 semalam.

Ringgit juga meningkat berbanding euro kepada 5.4346 / 4407 daripada 5.4581 / 4633 dan meningkat berbanding pound British kepada 4.8297 / 8352 daripada 4.8439 / 8491.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini