Ringgit terus ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit terus ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan pelabur berkurangan dalam keadaan peningkatan hasil bon 10 tahun AS yang menjejaskan dagangan ASEAN, kata peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.1415/1445 berbanding dolar AS daripada 4.1410/1450 pada Selasa.

Ketua Dagangan Oanda bagi Asia-Pasifik, Stephen Innes berkata hasil AS berada dalam keadaan meningkat, naik kepada 3.05 peratus susulan kebimbangan yang menyelubungi peniaga bon dan mata wang tempatan.

“Walaupun semua pihak menjangkakan hasil bon AS boleh mula meningkat pada September susulan pasaran aktif semula selepas cuti musim panas, ada sebilangan kecil yang menganggarkan hasil boleh meningkat setakat yang pernah ia catatkan,” katanya kepada Bernama.

Ringgit kebanyakannya diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding yen kepada 3.6866/6896 daripada 3.6967/7012 pada Selasa dan susut berbanding euro kepada 4.8439/8491 daripada 4.8354/8414.

Nota tempatan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0237/0267 daripada 3.0202/0242 semalam dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.4581/4633 daripada 5.4359/4428.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini