Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas dua hari berada dalam aliran rendah, disokong harga minyak mentah yang lebih tinggi, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1380/1410 berbanding dolar AS daripada 4.1400/1430 yang direkodkan ketika ditutup pada Selasa.


Ketua Dagangan di Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata walaupun harga minyak mentah meningkat namun peningkatan kebimbangan geopolitik di Laut China Selatan susulan kejadian kapal perang antara China dan AS semalam menyebabkan pelabur lebih berhati-hati.

"Sentimen risiko semakin bertambah, dengan demikian pelabur tidak memasuki pasaran buat masa ini,” katanya.


Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0108/0140 daripada 3.0100/0129 pada Selasa dan rendah berbanding euro kepada 4.7765/7816 daripada 4.7668/7715.

Mata wang tempatan turut susut berbanding yen kepada 3.6423/6459 daripada 3.6399/6438 semalam serta lemah berbanding pound Britain kepada 5.3695/3738 daripada 5.3634/3677. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini