Ringgit dibuka rendah sedikit - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah sedikit



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan kebimbangan terhadap ketegangan perdagangan yang meningkat antara AS dan China.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.1550/1580 berbanding 4.1515/1545 yang direkodkan pada penutup Rabu.

Ketua Dagangan OANDA di Asia Pasifik, Stephen Innes, berkata Perbendaharaan AS berkemungkinan mengklasifikasikan China sebagai manipulator mata wang, memberi tekanan ke atas yuan sekurang-kurangnya menjelang minggu depan.

“Ringgit akan menguji paras 4.16 hari ini atau esok, tetapi sentimen akan dipengaruhi oleh indeks harga pengguna AS.

“Bagaimanapun, dengan kebimbangan terhadap bajet dan keuntungan AS yang tinggi, pelabur akan mengambil tindakan bertahan terhadap dolar AS dengan belian mungkin meningkat pada paras 4.16,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0056/0082 daripada 3.0016/0048 semalam dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7012/7049 daripada 3.6668/6704.

Ringgit juga susut berbanding euro kepada 4.7920/7967 daripada 4.7688/7731 dan menurun berbanding pound British kepada 5.4879/4935 daripada 5.4601/4657.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini