Ringgit ditutup tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong oleh permintaan belian selepas dolar susut daripada paras tertinggi dalam tempoh tujuh minggu, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit mencatatkan paras 4.1515/1545 berbanding dolar AS daripada 4.1550/1600 semalam.

“Ringgit mengekalkan trend meningkatnya berbanding dolar pada Rabu susulan peningkatan dolar AS, terhenti.

“Namun, secara keseluruhannya mata wang itu kekal kukuh susulan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin baik,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga berkata ada kemungkinan ringgit akan meneruskan momentum peningkatannya menjelang Bajet 2019.

“Walaupun kerajaan dijangka mengumumkan beberapa cukai baharu yang dijangkakan tidak popular dalam kalangan rakyat, ini menunjukkan usaha Pakatan Harapan untuk mengurangkan hutang sebanyak RM1 trilion serta mengurangkan defisit bajet.

“Dalam jangka panjang, ini akan meningkatkan keyakinan pelabur,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0016/0048 daripada 2.9959/9999, namun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6668/6704 daripada 3.6724/6785.

Ringgit rendah berbanding euro kepada 4.7688/7731 daripada 4.7575/7640 dan lemah berbanding pound British kepada 5.4601/4657 daripada 5.4190/4259 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini