Ringgit dibuka rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kekurangan minat belian serta akibat faktor pengukuhan unit negara maju berkenaan, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada di paras 4.1550/1600 berbanding 4.1530/1560 sewaktu pasaran ditutup pada Isnin.

Peniaga itu berkata, selain pengukuhan dolar AS dan pertikaian dagangan antara AS dan China yang berlanjutan, elemen seperti landskap politik dan ekonomi tempatan selain harga minyak turut mempengaruhi prestasi ringgit.

“Susulan ketegangan membabitkan China dan AS, pelabur sebaliknya akan bertindak mencari pasaran lain yang menjaminkan sebelum meneruskan pelaburan,” katanya.

Dalam pada itu, mata wang China mencecah paras terendahnya dalam tempoh tujuh minggu iaitu 6.9315 yuan berbanding dolar AS berikutan kebimbangan pelabur terhadap ketegangan perdagangan yang semakin ketara ketika menimbang sama ada satu lagi kenaikan kadar faedah perlu dilaksanakan atau sebaliknya.

Setakat jam 9 pagi tadi, minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, berada pada AS$83.74 setong.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0015/0053 daripada 2.9979/3007 semalam dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.6744/6798 daripada 3.6639/6668.

Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 4.7737/7798 daripada 4.7647/7694 dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.4372/4454 daripada 5.4242/4302.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini