Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penyusutannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu dibuka hari ini susulan kekurangan permintaan serta ketegangan geopolitik yang ketara, kata peniaga.

Pada 9 pagi ini, unit tempatan itu berada pada paras 4.1660/1700 berbanding 4.1655/1675 pada Rabu.

Seorang peniaga berkata minat pelabur terhadap risiko terus berkurangan selain aktiviti jualan yang ketara di pasaran tukaran asing.

Ketua Perdagangan OANDA bagi Asia-Pasifik, Stephen Innes berkata sentimen di peringkat serantau juga ternyata lebih berhati-hati ekoran pertumbuhan ekonomi China yang lebih perlahan dan turut memberi kesan terhadap sentimen ekuiti tempatan.

“Dolar AS dijangka meneruskan kenaikan berbanding ringgit dan akan menguji tahap 4.18 dalam masa terdekat ini. Malah ia lebih cepat sekiranya harga minyak terus menurun,” kata Innes.

Bagaimanapun, berbanding mata wang utama lainnya, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0164/0204 daripada 3.0194/0215 pada Rabu namun berbanding yen Jepun, ia susut kepada 3.7210/7255 daripada 3.697/7012.

Selain itu, ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.3691/3755 daripada 5.3831/3865 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7517/7567 daripada 4.7549/7589. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini