Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejajar dengan mata wang pesat membangun yang lain hari ini.

Peniaga berkata minat untuk mengambil risiko terus merosot dengan jualan besar-besaran yang berlanjutan dalam pasaran pertukaran asing.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.1655/1675 berbanding dolar US daripada 4.1615/1655 pada Selasa.

Penganalisis Penyelidikan FXTM Lukman Otunuga berkata mata wang pasaran pesat membangun dijangka menjadi sasaran mudah kepada penjual berikutan keadaan geopolitik yang mempengaruhi minat pelabur untuk mengambil risiko.

”Dengan mengelak risiko dijangka terus dominan pada minggu ini dengan ketegangan geopolitik yang meningkat, ini adalah berita buruk untuk mata wang pesat membangun.

“Momentum jualan dijangka meningkat jika dolar pada potensi aliran selamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata sentimen serantau terus beralih antara campur tangan Beijing dan beberapa halangan kepada perdagangan dan pertumbuhan global.

“Dolar AS dijangka terus lebih tinggi berbanding ringgit dan akan menguji paras 4.18 tidak lama lagi, mungkin lebih cepat jika harga minyak terus melonjak.

“Secara keseluruhannya, ia ‘pedestrian day’ untuk ringgit,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan tinggi pada penutup hari ini.

Ia meningkat berbanding pound British kepada 5.3831/3865 daripada 5.4075/4139 dan naik berbanding euro kepada 4.7549/7589 daripada 4.7782/7841 pada Selasa.

Mata wang tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0194/0215 daripada 3.0206/0237 pada Selasa, dan berbanding yen Jepun, ringgit menokok kepada 3.6977/7012 daripada 3.7050/7103 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini