Ringgit ditutup tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh harga minyak yang meningkat, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.1370/1410 berbanding dolar AS daripada 4.1400/1430 pada Selasa.

Peniaga berkata, peningkatan harga minyak mentah merangsang pertumbuhan ekonomi dan mencetuskan peningkatan terhadap sentimen positif pelabur.

Penanda aras minyak mentah Brent didagangkan pada AS$84.85 setong.

Bagaimanapun, Ketua Dagangan OANDA di Asia-Pasifik, Stephen Innes, berkata minat belian terhadap ringgit kekal rendah memandangkan kebanyakan pelabur tidak memasuki pasaran menunggu pelabur China kembali ke pasaran berikutan sambutan Minggu Emas di republik berkenaan minggu ini.

Berbanding beberapa mata wang utama, ringgit didagangkan bercampur-campur.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0092/0132 daripada 3.0100/0129 pada Selasa dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6344/6382 daripada 3.6399/6438 semalam.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding pound British kepada 5.3798/3870 daripada 5.3634/3677 pada Selasa dan susut kepada 4.7853/7916 berbanding euro daripada 4.7668/7715 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini