Ringgit kekal rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kekal rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini disebabkan dolar AS masih kekal kukuh dengan kecenderungan meningkat sebagai mata wang selamat di tengah ketidakpastian pasaran.

Pada jam 6 petang, ringgit turun kepada 4.1615 / 1655 berbanding dolar AS daripada 4.1590 / 1620 pada Isnin.

Penganalisis FXTM, Lukman Otunuga berkata, dolar AS kekal sebagai mata wang popular untuk aliran selamat di tengah ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di seluruh dunia.

“Ketidakpastian mengenai rundingan Brexit, kebuntuan terhadap bajet Itali dan ketegangan AS-Saudi menghantar pelabur beralih ke dolar AS.

“Dolar AS juga disokong oleh keyakinan terhadap ekonomi AS dan prospek kadar faedahnya yang tinggi, pandangan asas menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelidik Ekonomi MIDF, Dr Kamaruddin Mohd Nor, berkata ringgit mengekori prestasi mata wang serantau yang kebanyakannya susut berbanding dolar AS.

"Pertumbuhan risiko global dan ketidakpastian bersama dengan penurunan harga minyak menambah tekanan ke atas ringgit,” katanya.

Pada penutup, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain kecuali yen Jepun.

Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4075 / 4139 daripada 5.4183 / 4239 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7782 / 7841 daripada 4.7841 / 7880 pada Isnin.

Ringgit juga jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0206 / 0237 daripada 3.0166 / 0194 pada Isnin, dan berbanding dengan yen Jepun, ringgit jatuh ke 3.7050 / 7103 daripada 3.6857 / 6887 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini