Ringgit mengukuh kecuali berbanding dolar AS dan yen



KUALA LUMPUR: Ringgit lebih lemah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini.

Ini kerana permintaan lemah terhadap mata wang tempatan disebabkan kemungkinan Rizab Persekutuan meningkatkan lagi kos pinjaman.

Pada 9.19 pagi, ringgit berada pada 4.1570/1620 berbanding dolar AS daripada 4.1550/1580 Khamis.

Peniaga berkata, minat pelabur beralih ke arah dolar AS, disokong penerbitan minit mesyuarat September Rizab Persekutuan baru-baru ini, yang menunjukkan pembuat asar secara umumnya bersetuju akan perlunya menaikkan kos pinjaman.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wang utama kecuali yen, yang mana ia susut kepada 3.7010/7058 daripada 3.6920/6953 penutup semalam.

Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0108/0148 daripada 3.0163/0196, mengukuh berbanding euro kepada 4.7631/7701 daripada 4.7891/7929 dan menokok berbanding pound British kepada 5.4132/4214 daripada 5.4530/4586.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini