Bagaimana cara menggunakan indikator volume ketika berdagang?



Jika anda berdagang saham, anda menerima maklumat tentang volume dagangan yang dibekalkan oleh bursa saham. Maklumat ini membolehkan anda melihat sama ada para pemain pasaran sedang menyokong trend di pasaran atau sebaliknya.

Di pasaran matawang, situasi ini berbeza tetapi para pedagang masih boleh mendapatkan wawasan dari volume.Jika anda berdagang saham, anda menerima maklumat tentang volume dagangan yang dibekalkan oleh bursa saham. Maklumat ini membolehkan anda melihat sama ada para pemain pasaran sedang menyokong trend di pasaran atau sebaliknya. Di pasaran matawang, situasi ini berbeza tetapi para pedagang masih boleh mendapatkan wawasan dari volume.

Volume tick

Pasaran Forex sifatnya adalah terpencar (decentralized), jadi tidak mungkin untuk kita kira semua kontrak dan saiznya seperti yang dilakukan di pasaran saham. Justeru, para pedagang Forex menggunakan indikator-indikator volume tick.

Tick adalah perubahan atau pergerakan tunggal pada harga, naik atau turun. MetaTrader mengukur bilangan tick bagi suatu tempoh masa. Lantas kita boleh melihat seberapa aktifnya pasaran berdagang di satu-satu masa. Dalam perkataan yang lain, kita tidak tahu sama ada terdapat 500 atau 500,000 pesanan dalam tempoh masa tersebut, tetapi ktia tahu seberapa banyak tick yang telah menggerakkan pasaran. Inilah apa yang dimaksudkan dengan volume tick. Penting untuk kita fahami sifatnya.

Bagaimana cara mengimplementasi volume tick

MetaTrader menawarkan beberapa indikator volume tick. Untuk menggunakannya, klik pada "Insert", kemudian "Indicators" dan pilih "Volume". Ada 4 indikator:

1. Volumes

Indikator ini menunjukkan bilangan perubahan harga (ticks) di dalam setiap tempoh pada rangka masa (timeframe) yang dipilih. Bar volume diwarnakan hijau jika ia lebih besar dari yang sebelumnya, dan merah jika volume menurun.

2. On Balance Volume (OBV)

Indikator ini dizahirkan dalam rupa garisan. Jika harga penutupan candlestick semasa lebih tinggi dari yang sebelumnya, volum semasa ditambah kepada OBV sebelumnya dan garisannya ini naik ke atas. Jika harga tutup candlestick semasa lebih rendah dari yang sebelumnya, volume semasa ditolak dari OBV sebelumnya, membuatkan indikator OBV menurun. Adalah menjadi satu tanggapan bahawa perubahan OBV mendahului perubahan harga, jadi ia boleh memberikan signal.

3. Money Flow Index (MFI)

Indikator ini menunjukkan kadar pencurahan wang ke atas sesuatu aset dan kemudiannya dikeluarkan darinya. Anggap ia seperti RSI yang mengambil kira volume akaun.

4. Accumulation/Distribution

Ini satu lagi indikator yang dikira berdasarkan kepada kedua-dua harga dan juga volume. Lebih tinggi volume, lebih besar sumbangan perubahan harga (untuk tempoh masa ini) kepada nilai indikator.



Menggunakan volume untuk analisis teknikal

Indikator volume boleh melakukan beberapa tugas yang sangat berguna:

1. Mengukur kekuatan suatu trend

Trend adalah kuat bila ia disahkan oleh volume yang meningkat kerana ini bererti minat pasaran pada trend ini adalah tinggi. Jadi, ketika uptrend, volume harus meningkat ketika harga sedang meningkat, dan menurun bila harga juga menurun, sementara di downtrend ini bererti volume meningkat ketika harga menurun dan volume mengurang bila harga sedang meningkat.



Di gambar di atas, anda boleh lihat volume sedang mengurang sewaktu pembetulkan di uptrend. Di bahagian penghujung carta, harga tertinggi baru tidak disahkan oleh volume. Ini bermakna ada kemungkinan untuk pembalikan menuju ke bawah.

2. Mengecam pembalikan secara awal

Membezakan antara pembetulan dan pembalikan di peringkat awal biasanya sukar. Indikator volume membantu anda melakukan ini lebih awal dan menyertai trend baru seawal yang mungkin.



Harga membentuk pola "Head and Shoulders". Volume adalah rendah ketika di puncak, dan ia lebih rendah di bahu kedua: pengesahan bahawa pasaran sudah tidak mempunyai kekuatan untuk naik ke atas.



Jika terdapat capahan (divergence) antara harga dan indikator volume, Ia adalah signal kemungkinan pembalikan bagi trend semasa.

3. Mengesahkan breakout

Volume biasanya lebih rendah sewaktu tempoh pengukuhan/konsolidasi. Jika penembusan suatu julat berlaku menerusi pepaku (spike) pada volume, ada kebarangkalian besar bahawa ini semua benar dan bukan breakout palsu.



Volume meningkat ketika harga meningkat mengatasi aras rintangan. Ini membantu harga terus bergerak dalam arah penembusan.

4. Mengenal pasti kawasan kuat bagi rintangan/sokongan.

Kawasan-kawasan di mana perdagangan dengan volume tinggi adalah visual halangan besar di laluan pergerakan harga dan menjadi aras kemasukan dan keluar untuk para pedagang.

Kesimpulan

Indikator-indikator volume di MetaTrader bukanlah pemberi signal yang mandiri, tetapi boleh digunakan untuk pengesahan. Lagi pula, dinamika volume memberitahu kita keaktifan perdagangan dengan lebih baik dari cara-cara lain. Ini adalah maklumat unik yang tidak diberikan oleh indikator-indikator lain. Kesannya, indikator-indikator volume pasti menjadi pembantu yang baik bagi sistem perdagangan anda.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini