Ringgit ditutup tinggi sedikit - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi sedikit



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari Jumaat mendapat rangsangan daripada belian sederhana pada akhir hari dagangan, kata peniaga.

Pada 6 petang Jumaat, ringgit berada pada 4.1920/1960 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1940/1980 pada Khamis.

“Peniaga ketika ini mengambil pendekatan berhati-hati dan pada asasnya meletakkan pelaburan di mana-mana sahaja untuk mengelak risiko. Ini termasuk mata wang tempatan,” kata peniaga itu.

Beliau berkata, masa depan dolar AS kekal tidak menentu dengan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) menyasar satu lagi kenaikan kadar pada Disember.

Ia akan menjadi kenaikan kadar keempat dikenakan oleh Fed sekiranya keputusan itu diambil, tetapi persoalan yang timbul dalam kalangan para pelabur adalah berapa banyak kenaikan yang boleh dikenakan oleh Fed tahun depan tanpa merisikokan ekonomi domestik yang lemah.

“Ini kemungkinan besar akan menjejaskan dagangan mata wang lain,” katanya.

Berbanding kumpulan mata wang utama lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0489/0530 daripada 3.0526/0560 pada Khamis dan meningkat berbanding euro kepada 4.7680/7730 daripada 4.7824/7874.

Sementara itu, berbanding yen Jepun, ringgit susut kepada 3.7150/7189 daripada 3.7131/7177 pada Khamis dan berbanding pound Britain ia turun kepada 5.3855/3927 daripada 5.3629/3705.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini