Ringgit ditutup rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen lemah dalam keadaan penurunan mata wang serantau, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.1980/2020 berbanding dolar daripada 4.1880/1920 pada paras penutup Selasa.

Peniaga berkata, kebanyakan mata wang Asia lemah berbanding dolar AS selepas pegawai kanan Rizab Persekutuan AS (Fed) menyokong kenaikan kadar seterusnya di ekonomi terbesar dunia itu.


“Tumpuan kini beralih kepada ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell hari ini dan minit mesyuarat Fed pada 7 dan 8 November, yang akan dikeluarkan esok, memandangkan pelabur terus mencari petunjuk mengenai jangkaan kekerapan bank pusat AS itu menaikkan kadar faedah pada 2019,” katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0464/0498 daripada 3.0440/0474 pada Selasa dan turun berbanding yen kepada 3.6902/6941 daripada 3.6853/6898.

Ringgit menyusut berbanding pound Britain kepada 5.3571/3626 daripada 5.3393/3461 semalam, namun naik kepada 4.7353/7403 daripada 4.7366/7420 berbanding euro.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini