Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sedikit hari ini berbanding dolar AS selepas mendapat rangsangan daripada minat risiko terhadap mata wang pasaran baharu muncul susulan keputusan pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) yang mana Parti Demokrat menguasai Dewan Perwakilan, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.1620/1670 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1640/1670 pada Rabu.

Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidikan Pasaran FXTM Global, Jameel Ahmad, berkata pelabur melepaskan pegangan dolar AS dan berpotensi untuk menangguhkan pegangan mereka berikutan konsensus bahawa dengan kemenangan Parti Demokrat dalam Dewan Perwakilan akan menjadi halangan kepada Presiden AS Donald Trump untuk memperkenalkan rangsangan fiskal seterusnya.

“Kelemahan dolar AS akan memberi kelegaan kepada pelbagai mata wang di seluruh dunia... dengan keseluruhan trend pertukaran asing Asia yang kukuh membayangkan pelabur perlahan-lahan kembali membeli mata wang pasaran sedang pesat membangun pada penilaian lemah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA Stephen Innes berkata mata wang Asia terus mendapat manfaat daripada tarikan kadar hasil yang disokong oleh aliran masuk kukuh ke pasaran ekuiti Asia Timur dan pasaran bon Asia Tenggara.

Ringgit juga tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0344/0385 daripada 3.0419/0445 pada Rabu dan berbanding yen Jepun, ia meningkat kepada 3.6605/6659 daripada 3.6830/6860.

Ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.4589/4659 daripada 5.4815/4871 pada Rabu dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7534/7600 daripada 4.7844/7883.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini