Ringgit ditutup tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan minat bagi mengambil risiko terhadap mata wang baru muncul telah pulih semula susulan kenyataan bank pusat AS yang memihak kepada kadar faedah rendah.

Pada jam 6 petang, nilai ringgit berada pada paras 4.1830/1880 berbanding dolar AS, selepas ditutup 4.1980/2020 pada Rabu.

Peniaga berkata, kebanyakan mata wang Asia mengukuh berbanding dolar AS selepas Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell berkata kadar faedah adalah di bawah neutral, bercanggah dengan kenyataan pada Oktober bahawa kadar faedah “masih jauh daripada neutral".

Beliau berkata pasaran kini mengalih tumpuannya pada Sidang Kemuncak G20 di Argentina, bermula esok, dengan presiden AS dan presiden China dijangka membincangkan pertikaian perdagangan yang telah menjejaskan pasaran di seluruh dunia, selama beberapa bulan.

Berbanding sejumlah mata wang baru muncul, ringgit diniagakan pada kebanyakannya lebih rendah.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0495/0552 daripada 3.0464/0498 pada Rabu dan berbanding yen jatuh kepada 3.6923/6977 daripada 3.6902/6941.

Berbanding pound British, ringgit mengukuh kepada 5.3455/3535 daripada 5.3571/3626 semalam tetapi susut kepada 4.7561/7626 daripada 4.7353/7403 berbanding euro.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini