Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari Jumaat semalam berikutan sentimen berhati-hati terhadap dolar menjelang Sidang Kemuncak G20 di Argentina.

Pada jam 6 petang Jumaat, ringgit berada pada 4.1820/1870 berbanding 4.1830/1880 bagi setiap dolar ketika ditutup pada Khamis.

Peniaga berkata, Presiden AS, Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping dijangka bertemu di luar sidang kemuncak G20 untuk membincangkan pelbagai isu perdagangan antara kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu dengan hasilnya berpotensi menjadi penentu kepada pelabur, terutamanya di pasaran negara membangun.

"Walaupun perjanjian komprehensif mungkin tidak berlaku, tetapi jika ada persetujuan dengan rangka kerja untuk perbincangan masa depan dan kelewatan pelaksanaan kenaikan tarif sebanyak 25 peratus ke atas import dari China bernilai AS$200 bilion, ia boleh dianggap sebagai hasil yang baik," katanya.

Berbanding sekumpulan mata wang baru muncul lain, ringgit didagangkan keseluruhannya lebih tinggi.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0499/0546 berbanding 3.0495/0552 pada Khamis tetapi meningkat berbanding yen kepada 3.6843/6903 daripada 3.6923/6977.

Berbanding pound Britain, ringgit mengukuh kepada 5.3375/3443 daripada 5.3455/3535 semalam dan meningkat kepada 4.7545/7619 daripada 4.7561 / 7626 berbanding euro.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini