Ringgit mengukuh, tetapi lemah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan harga minyak yang terus mencatat penurunan, mencecah paras terendah 11 bulan.
Pada 9.00 pagi, ringgit berada pada 4.1940/1990 berbanding dolar AS daripada 4.1920/1960 Jumaat.


Ketua Dagangan Asia Pasifik di OANDA, Stephen Innes, berkata harga minyak yang lebih rendah menyumbang kepada penyusutan nilai ringgit selain faktor lain seperti ketidaktentuan dalam pasaran global yang memperlahankan kemasukan pelaburan.
"Ketegangan perdagangan antara AS dan China memberi kesan kepada pasaran membangun termasuk Malaysia, dan hasil daripada perbincangan antara Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping di Argentina minggu ini akan memberi kesan kepada hala tuju ringgit," katanya kepada BERNAMA.
Ringgit didagangkan lebih kukuh berbanding mata wang utama lain.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura pada 3.0486/0534 daripada 3.0489/0530 penutup Jumaat.
Mata wang tempatan menokok berbanding yen kepada 3.7118/7169 daripada 3.7150/7189.
Ringgit juga mengukuh berbanding euro kepada 4.7539/7600 daripada 4.7680/7730 dan menokok berbanding pound British kepada 5.3683/3772 daripada 5.3855/3927. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini