Gambar dan Video : XM Malaysia Berjaya Menganjurkan Ulang Tahun Ke-6 Gala Perdana di Kuala Lumpur - 2018 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Gambar dan Video : XM Malaysia Berjaya Menganjurkan Ulang Tahun Ke-6 Gala Perdana di Kuala Lumpur - 2018




Pada 10 November yang lepas, satu peristiwa yang sukar dilupakan telah berlaku di Kuala Lumpur, Malaysia, di mana XM telah menganjurkan Ulang Tahun Ke-6 untuk meraikan kewujudan syarikat kami di Malaysia yang telah menjadi salah satu pencapaian penting dalam sejarah korporat XM.

Acara gala eksklusif telah membuka pintu kepada para pelanggan dan rakan niaga XM yang menetap di Malaysia dan Brunei untuk bersama-sama berkongsi pengalaman sekali seumur hidup di Shangri-La Hotel.

Makan malam yang mewah dan persembahan secara langsung oleh artis-artis terkemuka dalam dunia hiburan Malaysia telah disajikan untuk memastikan kemeriahan suasana pada malam gala tersebut diraikan dengan penuh keakraban dan bersatu hati.

Malam yang mendebarkan tidak kering dengan keseronokan. Malam semakin berlalu, undian cabutan bertuah telah pun bermula dengan menawarkan 15 hadiah-hadiah hebat termasuk sebuah Land Rover Discovery 2018 sebagai hadiah utama yang sangat dinanti-nantikan oleh tetamu kami dengan penuh harapan.

Para pemenang hadiah cabutan bertuah boleh dilihat di bawah dan kami ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada yang telah memenangi hadiah-hadiah yang telah ditawarkan.


Ianya satu perasaan yang sangat menyeronokkan kerana diberi penghormatan untuk berkongsi malam yang eksklusif ini bersama pelanggan dan rakan niaga yang kami hargai dan bagi pihak XM kami ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap seorang daripada mereka kerana telah meraikan ulang tahun gala ini bersama kami.

























































































































































































































































Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini