Lapan ketakutan yang dialami oleh pelabur baru dan bagaimana cara untuk mengatasinya - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Lapan ketakutan yang dialami oleh pelabur baru dan bagaimana cara untuk mengatasinya



Bagaimana untuk memulakan langkah sebagai seorang pelabur yang berjaya.

Setiap dari kita nampak pelbagai tawaran pendapatan dengan janji untuk mendapatkan keuntungan tiga angka. Tapi beritahu saya, berapa ramaikah diantara anda yang sekurang kurangnya telah cuba untuk memahami tawaran tersebut? Kebanyakan daripada anda semua menolak mentah mentah tawaran tersebut sebagai mitos scammer. Tapi kepada mereka yang menumpukan perhatian terhadapnya kemungkinan akan dapat menjana duit yang banyak. Ramai yang terhalang daripada memperoleh pendapatan secara esklusif disebabkan ketakutan bawah sedar, dimana ianya boleh diatasi pada paras pyskologi. Dalam ulasan ini, anda akan mempelajari mengenai ketakutan yang paling kerap dilalui oleh pelabur baru dan cara untuk mengatasinya.

Lapan ketakutan pelabur yang berpotensi dan cara untuk mengendalikannya

Saya yakin anda pernah lihat tawaran untuk menjana 20-50-100% dalam masa yang singkat. Tapi, beritahu saya, berapa kalikah anda tidak menghiraukan tawaran tersebut tanpa cuba untuk mengetahui apakah sebenar yang cuba disampaikan? Pastinya anda pernah dengan mengenai ceti pelaburan seperti George Soros atau Warren Buffet. Ini adalah contoh yang hebat dimana tiada apa yang mustahil. Atau kita ambil satu lagi contoh ; matawang crypto.. ketika majoriti memanggilnya piramid, pada januari, seseorang telah berhasil untuk mengaut keuntungan sebanyak 4 kali ganda dan mengeluarkan wang tersebut. Jika ianya bukan anda, tanya diri anda satu soalan: “Mengapa?”

Terdapat banyak pilihan pelaburan dalam dunia ini yang membenarkan anda untuk mendapatkan lebih lagi daripada bank deposit. Terdapat ramai orang yang pernah mendengar tentang kewujudannya, tapi memilih untuk tidak menghiraukannya dan pergi ke bank, yang tidak akan dapat menyelamatkan anda daripada inflasi. Ada yang tidak mempercayai bank, dan hilang wang disebabkan kejatuhan. Apakah sebab untuk tindakan sebegitu? Terdapat banyak sebenarnya::

mereka tidak pasti bahawa semua orang boleh memiliki kebebasan kewangan, dan mereka langsung tidak mengambil langkah pertama untuk menuju kearah kebebasan kewangan;
mereka nampak tipudaya dalam setiap perkara, mempercayai bahawa semua orang cuba untuk menipu mereka, dan tidak cuba untuk menggapai intipati dalam cadangan pelaburan;
mereka mencari alasan yang menunjukkan ketidaksanggupan mereka untuk mengubah keadaan.
Ketidakpastian mengenai kekuatan dan pengetahuan mereka, kemalasan, takut akan perubahan, tanggungjawab – ini adalah halangan utama yang menghalang mereka daripada menyedari tentang potensi mereka. Dan dalam pada itu, bukan sahaja jalan pelaburan, tapi juga perkembangan kerjaya.


Bagaimanakah untuk menjadi seorang pelabur yang berjaya; belajar untuk mengatasi ketakutan anda
Lapan ketakutan yang dialami oleh pelabur baru dan bagaimana cara untuk mengatasinya

Saya cuba untuk menunjukkan halangan yang menghalang pelabur yang berpotensi daripada menekan butang “invest”. Ini yang saya dapat::

1. "Semua slogan mengenai keuntungan besar adalah mitos semata mata". Sikap skeptikal dan ketidakpercayaan terhadap apa apa sahaja iklan, segala cubaan untuk menyampaikan maklumat kepada seseorang adalah sebab utama mengapa orang ramai langsung tidak cuba untuk mengambil langkah pertama. Terdapat ramai yang telah mendengar mengenai MMM, dan market matawang melalui kaunter dianggap sebagai scam, terutamanya selepas Pantheon Finance dan MMSIC. Orang ramai tidak percaya kepada angka besar, menganggapnya sebagai cubaan untuk bermain dengan ketamakan manusia. Adakalanya, ketakutan ini adalah benar, kerana ia dapat mengelakkan anda daripada memasuki pelaburan yang salah. Tapi dalam kata lain, ianya adalah halangan untuk membuat duit dalam projek yang betul, dimana orang ramai salah anggap sebagai skim piramid.

Nasihat yang boleh digunakan untuk mengatasi ketakutan ini:

Jangan tergesa gesa untuk melabel setiap idea pelaburan, tapi jangan pula tergesa gesa untuk mempercayai segalanya. Sebagai contoh, dalam dunia ini terdapat ratusan dana pelaburan dijadikan debagai deposit dalam hartanah, sekuriti, dl. Tapi ramai juga yang ingat mengenai skim piramid Bernard Madoff. Jika anda lihat sesuatu yang menarik dalam cadangan pelaburan, ambil langkah pertama – fahami intipatinya terlebih dahulu, prinsip dalam menjana pendapatan. Ini adalah langkah pertama yang ramai orang tinggalkan.

Wang yang banyak bukanlah mitos. Tapi untuk memperolehinya bukanlah mudah. Semakin tinggi potensi keuntungan, semakin tinggi risikonya, tapi iklan tidak akan memberitahu anda mengenai perkara itu. Walaubagaimanapun, jika anda tidak mencapai tahap Soros, walau sedikit keuntungan, adalah lebih daripada gaji semasa anda, adalah sudah cukup bagus.

Jangan mengesa untuk menganggap bahawa semaunya adalah tipu daya, cuba berfikir seara kritikal dan analitikal. Jika anda mengambil forex sebagai contoh, dimana ramai orang berfikir secara skeptikal mengenainya, fikirkan: jika ini adalah tipudaya, bagaimanakah keseluruhan industri kaunter market ini secara langsung? Brokerhanyalah orang tengah, dan Forex adalah dunia yang berlainan, dimana intipatinya sama dengan market stok. Dan tiada seorang pun fikir bahawa market stok adalah tipudaya, kan?

Jangan membuat keputusan secara terburu buru – cuba untuk memahami isu tersebut dan kemudian barulah buat keputusan.

2. "Saya tidak memahami mengenai pelaburan, dimana ia meneybabkan saya mudah ditipu". Ini adalah atas anda sendiri. Apakah yang ada lakukan untuk mengelakkan daripada mengambil pendekatan kreatif kepada pelaburan dan memahami kebarangkalian memperoleh keuntungan? Ianya adalah tidak pernah terlewat untuk mempelajari sesuatu yang baru, dan untuk mengikut trend moden. Ianya bukanlah mudah, benar, tapi ianya pasti akan tidak akan berhasil jika anda tidak mencubanya. Sebagai contoh, ada orang yang mula mempelajari tentang programming pada umur 30 an, dan ada orang yang mula belajar kewangan dunia pada umur 40 an.

Sedikit tips untuk anda:

tetapkan sasaran anda. Jika anda betul betul ingin belajar bagaimana cara untuk menjana pendapatan melalui Forex, belajarlah secara sistematik. Pertama, fahami mengenai jenis pelaburan tersebut, dan anda perlu menilai risiko.
cipta satu pelan latihan. Ambil masa setiap hari untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Berbual didalam forum pakar. Dengan itu anda akan memahami betapa dalamnya keuntungan dijana dan bagaimana risiko dinilai, setelah itu barulah anda boleh mula membuat pelaburan.
jangan tergesa gesa untuk mempercayai semua yang anda dengar. Kebelakangan ini, ramai orang yang muncul di internet untuk “berkongsi pengalaman pendapatan yang berjaya” dengan yuran yang kecil. Walaubagaimanapun, bukti perolehan mereka terhad kepada screenshot bersih dari akaun peribadi mereka. Kursus berbayar hanya bagus untuk satu perkara sahaja – mendapat hubungan dengan lingkaran profesional. Oleh itu, ianya adalah logis bahawa tiada gunanya untuk melalui kursus untuk pemula. Jika anda ingin memasuki kursus berbayar juga, pilihlah profesional. Tapi anda perlu bersedia dengan pengetahuan teori tahap sederhana (internet menyediakan segalanya yang anda perlukan). Dalam pada itu, perjumpaan dengan pelabur yang berjaya akan menaikkan lagi motivasi anda.
Tips ini kelihatan sangat ketara, tapi ramai yang tidak menghiraukannya, menunjukkan kemalasan mereka dengan alasan kekurangan masa atau prospek khayalan.

Jika anda ingin mendapatkan lebih lagi – mulakan dengan lebihkan pembacaan dan jangan duduk berfoya foya sahaja.

3. "Saya takut kehilangan wang”. Ini adalah ketakutan terhadap risiko. Setiap orang mempunyai kecenderungan mengambil risiko. Tapi ketakutan untuk cuba mengambil peluang adalah satu perkara lain. ini adalah salah satu sebab mengapa orang ramai lebih suka deposits yang kelihatan bebas risiko.

Langkah pertama adalah yang paling suka. Saya mempunyai beberapa cadangan bagaimana untuk mengatasinya:

mula dengan kecil. Teruskan bertenang dengan kemungkinan kerugian. Hanya risikokan dana yang anda sanggup rugi. Pelbagaikan risiko dengan melabur kedalam beberapa arah dalam satu masa.
nilai risiko tersebut. Belajar cara untuk membentuk portfolio pelaburan, kenalpasti pembahagian aset mengikut paras risiko. Ini hanya akan muncul dengan pengalaman, kerana tiada satu strategi pun disini.
letakkan sasaran keuntungan lebih awal. Banyangkan wang yang dilaburkan sedang mengalami kerugian. Dan anda perlu tahu bagaimana nak menjana keuntungan daripadanya.
Kegagalan adalah satu kejayaan. Jika anda benar benar berhasrat untuk mengambil jalan sebagai seorang pelabur profesional, anda perlu bersabar dan menganalisis setiap kesalahan yang dilakukan.

Pelaburan adalah area yang berasingan daripada kerja. Anda tak perlu takut kekalahan – ianya tidak dapat di elakkan. Sasarkan lebih banyak kemenangan.

4. "Saya tidak mempunyai duit seperti itu”. Apakah skala untuk menilai berapa banyakkah duit yang banyak? Seseorang yang mengatakan bahawa dia tidak mempunyai duit untuk dilaburkan adalah sengaja mencari alasan, atau mereka tidak pandai untuk membuat pelan peruntukan. 100 ke 200 dolar sudah mencukupi untuk pelaburan dalam stok atau tukaran matawang asing (Forex).

Bagaimanakah untuk mencari wang untuk pelaburan:

Pelan perbelanjaan dan pendapatan anda. Anda akan lihat dimana anda berbelanja lebih, dimana adna boleh kurangkan kos, dan apakah yang boleh disingkirkan. Mungkin pelan ini akan memotivasikan anda untuk meningkatkan pendapatan melalui pelaburan.
Belajar untuk melepaskan sesuatu demi mencapai sasaran. Setiap bulan, isihkan sebahagian daripada pendapatan anda untuk dijadikan modal permulaan. Ia juga akan mendisiplikan anda dengan latihan kesabaran.
Pertama, anda perlu mempunyai motivasi. Adakah anda nak menghasilkan lebih lagi? Ingin belajar sesuatu yang baru? Ingin menjadi seorang yang pakar dalam satu bidang tanpa had? Oleh itu, anda perlu bermula dengan modal yang kecil: susunkan arah pelaburan dan mulakan membina modal permulaan.



Sesiapa yang berkata mereka tiada wang kebiasaannya tidak ingin lebih lagi.

5. "Saya sudah terbiasa dengan kehidupan yang stabil dan saya takut kehilangannya”. Ini adalah masalah biasa yang terjadi dibawah sedar. “Tiada wang,” “aku akan di scam” – ini adalah alasan yang pasif, tapi sebab yang sebenar adalah didalam. Kebanyakan orang lebih suka kerja biasa – rumah – keluarga. Kenapa ubah sesuatu yang stabil dan boleh dijangka? Kenapa melabur wang ditempat lain, jika anda boleh menggunakan wang tersebut untuk bercuti? Pelabur ialah seseorang yang hidup secara aktif, terlibat dalam pengembangan strategi baru, mempelajari trend baru, menganalisis kesalahan dan mengawal wang yang dilaburkan. Alunan ini bukan sesuai untuk semua orang.

Bagaimana untuk memaksa diri anda untuk beralih daripada ketakutan kehilangan kestabilan dan masuk ke dunia pelaburan:

beritahu saya, adakah anda rasa diri anda seorang yang bahagia? Adakah anda puas hati dengan segala galanya dalam hidup atau anda masih mempunyai sasaran dan impian? Jika anda berpuas hati, dan anda telah mencapai semua sasaran anda, oleh itu anda tidak akan menginginkan sesuatu yang baharu – itu adalah keputusan anda, dimana anda yang bertanggungjawab sepenuhnya. Atau anda masih ingin mencapai sesuatu dalam bidang yang baru? Kelebihan pelaburan tiada had untuk kesempurnaan pasaran kewangan, tidak seperti perkembangan karier.
Adakah anda ingin memperoleh lebih lagi dengan cara berkorban, contohnya, masa atau rehat anda? Dalam bidang kerja biasa, anda boleh pelan masa anda. Dalam pelaburan, semakin banyak anda bekerja, semakin banyak yang anda dapat. Soalan: apakah imbangan rehat dan kerja yang anda inginkan? Bekerja selama 2 hari dan berehat selama 8 hari diluar bandar atau bekerja selama 8 hari dan berehat disekitar Europe atau berenang dilaut selama 2 hari?
Fikirkan mengenai apakah perubahan hidup anda sekiranya semua kestabilan tersebut lenyap. Sebagai contoh, anda dipecat. Adakah anda boleh mencari kerja lain atau mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat? Dunia pelaburan penuh dengan pancaroba (turun naik). Tiada kestabilan disini, dan terdapat kebarangkalian anda akan kehilangan segalanya, dan anda akan jatuh tersungkur ke dasar.

Terdapat kali pertama untuk semua perkara. Anda pergi ke sekolah selepas tadika buat kali pertamanya dan anda terbiasa dengannya. Anda berkahwin untuk kali pertama dan mengubah cara hidup. Ianya sama dengan pelaburan: jangan takut untuk mengambil langkah pertama, mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih baik. Sekurang kurangnya ia tidak akan enjadi semakin teruk (jika anda tidak takut untuk kehilangan wang percuma anda).

Mula dengan kecil. Biarkan pelaburan anda menjadi pendapatan pasif anda untuk permulaan, dan dengan kejayaan pertama anda, anda akan nampak betapa mennariknya dunia kewangan ini.

6. "Saya takut hilang kawalan”. Terdapat terma istimewa untuk fenomena ini – berjudi. Ia bermaksud seseorang yang kehilangan kawalan terhadap emosi mereka. Kemarahan, keseronokan – boleh menjurus kepada pelanggaran peraturan MM dan kesilapan dalam menganalisis situasi pasaran. Oleh itu, ini adalah tugas yang paling sukar, kerana ini melibatkan emosi.

Bagaimana belajar untuk mengawal emosi:

Buat peraturan untuk rehat selepas beberapa kali kejayaan atau kekalahan, selepas keuntungan atau kerugian besar. Tonton filem mengenai ekonomi, atau hadiri seminar.
Anda perlu tegas dalam mematuhi peraturan pengurusan risiko; jumlah maksimum pelaburan, pembahagian risiko, dll.
Latih diri untuk kuat semangat, berhenti, tenang, dan sabar. Bagaimana? Ianya berlainan untuk setiap orang.
Kemahiran untuk mengawal diri, kemenangan ke atas emosi sendiri adalah satu langkah yang besar dalam laluan kejayaan dan bukan hanya dalam pelaburan. Kemenangan ke atas ketakutan diri sendiri juga.

Belajar untuk mengawal diri sendiri – belajar untuk mengawal orang lain.

7. “Bagaimanakah orang akan melihat saya jika saya kehilangan wang?”. Takut kelihatan bodoh dihadapan orang lain akan menghalang anda dari melakukan keputusan yang betul. Setiap dari kita ingin kelihatan seperti seorang yang berjaya dimata orang lain dan tidak ingin kelihatan seperti seorang yang kalah. Kebanyakan orang lebih suka berperangai pasif disebabkan takut kegagalan. Ianya adalah lebih teruk apabila seseorang telah melarang mengenai pelabur, tapi mereka mengambil risiko dan kehilangan wang. “Kami dah beri amaran...”. membayangkan hal ini mampu menyekat anda daripada mengambil langkah pertama.

Beritahu saya, nasihat siapakah yang akan anda dengar? Anda tidak boleh jadi baik dengan semua orang. Pastikan akan ada yang menyanjung dan membenci. Adakah anda ambil tahu mengenai pandangan pakar atau kawan kawan dan ahli keluarga? Pakar tidak akan pernah mentertawakan kesalahan orang baru, kerana mereka telah melalui hal ini. Dan kawan sebenar tidak akan pernah ketawakan anda diatas kesilapan yang anda lakukan.
Harga pandangan mereka yang sudah berjaya. Kepada mereka yang tidak melakukan apa apa, biarkan mereka ketawa.
Ingatlah bahawa kegagalan adalah pengalaman. Anda boleh gagal dan berjaya banyak kali. Dan pandangan orang lain sepatutnya hanya memberi anda tujuan sebenar.
“Saya tak pernah buat tapi saya suka mengadili orang lain” – ini adalah falsafah ramai orang. “Mereka yang tidak pernah melakukan apa apa tidak akan pernah membuat kesalahan”.

Ianya tidak mengapa walau apa pun yang diperkatakan oleh masyarakat kepada anda. Hanya terdapat bulatan kecil kawan dan guru, yang berbaloi untuk didengari. Dan mereka akan sentiasa menyokong anda dalam pertualangan anda.

8. "Saya takut untuk menggalas tanggungjawab”. Terdapat ramai daripada kita yang sudah terbiasa dengan sikap tidak bertanggungjawab. Di tempat kerja, orang atas anda memberi tugas kepada anda, dan mereka juga bertanggungjawab terhadap pekerja mereka. Dalam kes yang paling teruk, pekerja boleh dipecat atau kehilangan bonus, tapi dalam kebanyakan kes seseorang berharap akan gaji yang stabul dan persaraan. Pelabur harus merangka pelan keraj mereka, membuat strategi dan bertanggungjawab diatas hasilnya./p>

Terdapat satu penyelesaian disini : jika anda ingin memperoleh lebih dan mengikut jalan kejayaan – anda perlu keluar dari zon selesa anda, jadi lebih fleksibel, dan jangan takut dengan risiko yang munasabah. Jika anda masih tidak bersedia untuk ini, terimalah hakikat majoriti dan jangan mengadu mengenainya. Lagipun, anda sendiri yang menolak peluang ini.
Kita semua bertanggungjawab diatas sesuatu dalam apa keadaan sekalipun. Dan tanggungjawab itu ada disitu, patutkah anda rasa takut?

Kesimpulannya. Semua ketakutan ini boleh dikurangkan kepada satu perkara penting – rasa takut dengan permulaan. Pelabur yang berjaya bergantung kepada tindakan sistematik mereka, dimana ianya seharusnya konsisten dengan pelan yang dibuat. Untuk menjadi pro, anda tidak memerlukan banyak:

Mempunyai kesabaran dan keinginan untuk mempelajari sesuatu yang baru.
Jangan takut dengan apa pun dan ikut pelan yang jelas.
Belajar, belajar, dan belajar lagi.
Latih semangat anda dan dalam keadaan apa pun, jangan hilang keyakinan diri.
Melaburlah. Dan semoga anda mendapat rezeki.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini