Pelabur Billionaire Kongsikan Prinsip Kejayaan Beliau



Ray Dallo ialah seorang billionaire Amerika dan pengasas syarikat Bridgewater Associates investment. Beliau membuat pelaburan pertama beliau ketika masih seorang remaja, dan syarikat yang beliau asaskan pada 1970an masih lagi salah satu dana lindung nilai yang terbesar di dunia. Usahawan ini berpegang kepada beberapa prinsip dan percaya ia telah membuatkan beliau berjaya.

Akur dengan realiti
Ramai orang tidak mahu akur dengan kenyataan jika ia tidak selari dengan harapan mereka. Sementara itu, fikiran yang objektif juga penting. Ray Dalio adalah seorang hyperrealist, dan beliau mendakwa sifat ini yang membantu beliau bertindak balas terhadap terhadap cabaran dengan pantas. Cubalah untuk berfikir secara objektif dan analitikal.

Jangan prejudis
Halangan paling serius untuk membuat keputusan yang efektif adalah ego dan apa yang dipanggil sebagai "blind zones". Anda tidak semestinya betul setiap masa, jadi dengarlah pendapat orang lain. Dalio mempercayai orang lain yang secara konsisten mencapai matlamat mereka dan mampu memberikan penjelasan munasabah untuk pendekatan yang diambil oleh mereka.

Singkirkan emosi
Emosi adalah pantang yang paling besar bila membuat keputusan yang besar. Kumpul dan analisa maklumat, undur beberapa langkah untuk melihat situasi dari sudut berlainan, dan analisa apa yang mungkin terjadi dalam jangka masa panjang.

Belajar dari kesilapan anda
Pada awal 1990an, seorang kakitangan Bridgewater Associates terlupa untuk laburkan wang pelanggan sebelum tamat masa, tetapi Dalio tidak memecat beliau kerana ia akan memaksa kakitangan lain menyembunyikan masalah mereka. Syarikat ini mencipta "log kesilapan" – setiap kali sesuatu yang buruk berlaku, ia direkodkan dalam log dan diperbetulkan. Adakan log kesilapan peribadi anda sendiri dan fikir bagaimana anda boleh betulkan isu-isu berkenaan.

Lakukan yang terbaik untuk mencapai hasil yang dikejar.

Dalio percaya bahawa kita perlu melalui lima perkara untuk menuju kejayaan:

▪ Tetapkan sasaran yang jelas
▪ Kenal pasti masalah yang menghalang, dan ia jangan dibiarkan sahaja – masalah adalah peluang untuk penambahbaikan
▪ Analisa masalah-masalah ini untuk memahami punca-puncanya
▪ Bina perancangan
▪ Lakukan yang terbaik untuk jayakan rancangan ini






Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini