Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah sedikit pagi ini susulan permintaan yang kecil ke atas nota tempatan, seiring harga minyak yang rendah, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1770/1810 berbanding dolar daripada 4.1750/1800 pada penutupan Selasa.

Peniaga itu berkata harga minyak terus merosot ekoran kebimbangan mengenai permintaan pada masa depan ketika pertumbuhan ekonomi semakin perlahan.

“Keraguan mengenai impak pengurangan pengeluaran yang diketuai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC), turut menekan harga,” katanya.

Pada 9.25 pagi, penanda aras harga minyak mentah Brent sebanyak AS$56.26 setong.

Ringgit didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0485/0525 daripada 3.0439/0486 pada Selasa dan rendah berbanding yen Jepun pada 3.7145/7191 daripada 3.7141/7192.

Unit tempatan juga rendah berbanding euro kepada 4.7543/7597 daripada 4.7491/7564 dan rendah berbanding pound British kepada 5.2889/2944 daripada 5.2810/2890.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini