Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah




KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan harga minyak yang lemah, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit diniagakan pada paras 4.1770/1810 berbanding dolar AS daripada 4.1750/1800 yang dicatatkan pada Selasa.

Menurut peniaga, ringgit juga gagal memanfaatkan kelemahan nilai dolar AS selepas harga minyak susut lebih 5.0 peratus pada Selasa iaitu penurunan sehari terbesar dalam tempoh beberapa tahun.

Malah, kebimbangan berlakunya lambakan bekalan minyak berikutan permintaan yang lemah dan aktiviti penjualan yang mengheret turun indeks penanda aras minyak mentah melebihi 30 peratus berbanding kenaikan pada Oktober, adalah antara faktor yang menyelubungi pasaran mata wang.

Dalam pada itu, ringgit juga lemah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0498/0543 daripada 3.0439/0486 pada Selasa dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7172/7217 daripada 3.7141/7192.

Ringgit juga rendah berbanding pound Britain kepada 5.2852/2915 daripada paras 5.2810/2890 semalam dan susut berbanding euro kepada 4.7568/7622 daripada 4.7491/7564.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini