Ringgit dibuka tidak berubah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tidak berubah



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dengan pelabur terus berhati-hati walaupun AS dan China bersetuju untuk menghentikan seketika perang perdagangan.

Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1630/1680, tidak berubah semasa ditutup pada Isnin.

Peniaga berkata, walaupun Presiden AS, Donald Trump dan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping bersetuju untuk menghentikan seketika tarif baharu yang dijangka dikenakan pada Januari tahun depan, pelabur masih mengambil pendekatan tunggu dan lihat mengenai mata wang pasaran sedang pesat membangun yang berisiko seperti ringgit.

“Hasil jangka panjang daripada mesyuarat itu masih tidak menentu, sebahagian pelabur berasa ragu jika ‘persetujuan’ antara kedua-dua pemimpin itu boleh menjadi 'U-turn' disebabkan tweet atau tajuk akhbar," katanya.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0427/0486 daripada 3.0474/0515 pada Isnin, naik berbanding yen kepada 3.6653/6706 daripada 3.6695/6748 dan menambah berbanding euro kepada 4.7258/7328 daripada 4.7312/7373.

Ringgit turut naik berbanding pound kepada 5.2958/3025 daripada 5.3195/3275.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini