Ringgit lemah berbanding yen, dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit didagangkan lebih lemah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini disebabkan penguncupan permintaan terhadap mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada 9.10 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1780/1810 berbanding dolar AS daripada 4.1760/1800 penutup Khamis.

Peniaga berkata, kebimbangan berhubung kelembapan ekonomi global mengukuhkan permintaan terhadap dolar AS.

"Faktor ini menarik turun prestasi ringgit," katanya.

Pada pembukaan, ringgit bagaimanapun didagangkan kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wang utama lain, kecuali yen Jepun.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0487/0512 daripada 3.0513/0553 Khamis, menokok berbanding euro kepada 4.7834/7872 daripada 4.7924/7991 dan mengukuh berbanding pound kepada 5.2906/2965 daripada 5.2968/3036.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding yen kepada 3.7542/7579 daripada 3.7379/7425. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini