Seminar Dagangan Forex Eksklusif di Kuala Lumpur - 16 February 2019 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Seminar Dagangan Forex Eksklusif di Kuala Lumpur - 16 February 2019



Bagaimana untuk Menggunakan Teknik Konfluens dan Teknik Dagangan Avramis Swing

Kami berbesar hati untuk menjemput pelanggan sedia ada dan baru kami yang mahu membangunkan kemahiran pelaburan atas talian mereka ke seminar dagangan forex yang direka untuk pedagang baru dan berpengalaman.

Seminar kami terdiri daripada beberapa topik paling relevan yang pedagang runcit perlu tahu untuk menguasai kemahiran dagangan yang dipertingkatkan untuk prestasi dagangan yang konsisten.

Topik yang dibentangkan melengkapi antara satu sama lain dan bertujuan untuk membawa peserta seminar mencari butiran yang lebih relevan ketika menggunakan alatan analisis teknikal dengan lebih tepat.



Bagaimana untuk Menggunakan Teknik Konfluens

Teknik konfluens boleh dibuktikan menjadi sangat berjaya apabila digunakan dengan betul kerana ia berdasarkan gabungan pelbagai alatan analisis teknikal untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat. Oleh itu, tidak hanya bergantung kepada satu alatan atau indikator tertentu, pedagang yang berjaya menggabungkan beberapa perkara ini akan meningkatkan prestasi keseluruhannya.

Dalam bahagian ini, kami akan menunjukkan contoh-contoh bagaimana indikator tertentu boleh digunakan dalam gabungan untuk menyesuaikan gaya dagangan, matlamat dagangan dan tabiat pelaburan individu.

Kami juga akan meletakkan lebih banyak penekanan tentang bagaimana untuk menggunakan pengurusan risiko bergantung kepada instrumen yang didagangkan dan bagaimana untuk memantau prestasi dagangan dengan menyimpan catatan dagangan supaya matlamat utama untuk menjadi lebih konsisten dengan amalan dagangan kami dan menghapuskan kesilapan yang berulang.






Teknik Dagangan Avramis Swing

Bagi pedagang swing, ianya sangat penting untuk mengambil kesempatan di atas tindakan harga jangka masa pendek dan penggunaan alatan analisis teknikal yang tepat adalah berguna – ini adalah bagaimana mereka boleh mentafsir corak pelbagai hari, menilai kekuatan trend dan akhirnya membuat keputusan untuk membeli instrumen yang mana dan bila.

Kami akan menghuraikan konsep dan kelebihan dagangan swing serta teknik yang boleh digunakan pedagang untuk menganalisis trend harga dan corak harga yang lebih baik, mencari pergerakan harga yang besar dan menggunakan saiz posisi yang betul untuk meminimumkan risiko.

Bersama-sama dengan alatan Fibonacci, kami akan menggunakan masa yang ada untuk menunjukkan penggunaan Indikator Avramis Swing dan Indikator Pertukaran Trend Avramis yang kedua-duanya sangat membantu pelabur atas talian untuk mengenal pasti trend, merancang titik entri dan keluar pasaran mereka serta menguruskan risiko dengan pesanan henti kerugian dan ambil keuntungan.

Hasil Pembelajaran

1. Pelajari untuk menubuhkan metodologi dagangan yang konsisten
2. Pelajari bagaimana untuk menggunakan pengurusan risiko dengan lebih konsisten
3. Memperoleh pemahaman yang jelas mengenai pasaran global secara umum
4. Mempelajari bagaimana untuk menggunakan analisis teknikal melalui indikator




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini