Bagaimana cara-cara berdagang dengan laporan suku tahunan? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bagaimana cara-cara berdagang dengan laporan suku tahunan?


Setiap suku tahun, badan-badan korporat gergasi terbesar seperti Pfizer, Facebook, atau Amazon, menerbitkan laporan pendapatan mereka.

Laporan pendapatan bukan hanya mempengaruhi harga saham, tetapi ia juga memberi impak besar terhadap pasangan matawang dan meningkatkan kemeruwapan.

Kesannya, laporan pendapatan mencetus pergolakan dalam pasaran, dan ini adalah masa yang terbaik untuk berdagang. Sebagai contoh, pada tahun 2018 Amazon diiktiraf sebagai salah satu syarikat paling mahal di dunia. Ini bermakna, laporannya pasti akan memberi kesan yang kuat kepada pasaran.



Bagaimana cara-cara berdagang dengan laporan pendapatan? 

GUNA PELUANG ANDA UNTUK BUAT DUIT!

#tip1

Analisa dengan mendalam segalanya yang anda boleh temui tentang syarikat tersebut. Lihat pada laporan-laporan sebelumnya dan pastikan anda awas dengan perkembangan penting terkini syarikat itu. Tingkatkan potensi keuntungan anda!

#tip2

Pelajari cara-cara berdagang sebelum laporan pendapatan diterbitkan. Anda boleh berdagang dengan unjuran penganalisis, malahan dengan khabar angin. Pada ketika sebegini, bukan hanya fakta yang penting untuk keberuntungan anda, tetapi juga seberapa ramai pedagang yang mempercayai khabar angin tersebut.

#tip3

Berdaganglah di atas pergerakan pasaran sebenar bila laporan ini diterbitkan! Elemen kejutan sangat penting: lebih besar perbezaan antara bacaan sebenar dan unjuran, lebih besar pergerakan pasaran.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini