Gambar dan Video : Kemeriahan Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2018



Kami telah membuat persediaan sepenuhnya untuk Majlis Makan Malam Perdana yang dinanti-nantikan pada tahun 2018, dimana ia merupakan inspirasi yang membanggakan untuk kami. Kami ingin berkongsi pendapat mengenai bagaimana majlis tersebut berlangsung.

Seperti kebiasaan, setiap tetamu yang hadir tidak akan pulang dengan tangan kosong. Kesemua tetamu yang hadir akan menerima cenderahati menarik dari InstaForex.

Kedatangan para tetamu disambut dengan persembahan ahli silap mata yang mengagumkan oleh Andrew Lee dan Sobhi Shaker. "Mirror men" dan "Insta Bear",turut berada di ruang legar bagi menghangatkan suasana bersama para tetamu yang hadir.

Selain itu, kami turut membuat persediaan di zon bergambar yang dihiasi beribu-ribu plat cermin emas, yang sangat menarik. Para tetamu yang memuat naik gambar mereka di media sosial dengan hashtag #InstaGD18 sewaktu majlis makan malam berlangsung layak untuk menerima hadiah cabutan berupa iPhone XS dan Samsung S9.

Para tetamu berpeluang untuk bermain di zon permainan yang telah disediakan. Dimana mereka boleh memilih serta merasai sendiri mana-mana permainan yang telah disediakan seperti: bola keranjang, dart gergasi, pertandingan sepakan penalti, permainan reaksi, foosball, dan air hockey.

Pihak penganjur turut mengadakan cabutan bertuah yang menawarkan ganjaran berupa sebuah eco- skuter elektro Nineboot Seegway ES2.


Suasana ceria dengan gelak tawa dari para tetamu yang hadir telah memeriahkan lagi Majlis Makan Perdana 2018.

Acara rasmi pada malam tersebut di sambut dengan paluan gendang daripada Drums 24 yang mengagumkan. Sepanjang majlis berlangsung para tetamu dihiburkan oleh artis-artis terkenal seperti band rock Floor88,ahli silap mata terkenal Andrew lee yang berjaya memukau para tetamu yang hadir serta mendapat pujian dan tepukan gemuruh.

Pada Majlis Makan Malam tersebut berlangsung, kami telah menyediakan pelbagai hadiah cabutan yang bernilai: $ 37,000 akaun InstaForex serta peranti Go Pro Hero 7, Apple Watch Series4, Huawei P20 pro, Xperia XZ2 Premium, iPhone XS MAX, Samsung 55 inci Q6F 4KSmart QLED TV, Apple Mac Book AIR, iPhone XR.

Selain itu, wakil-wakil terbaik dari pihak syarikat dan pedagang yang paling berjaya turut menerima anugerah yang telah disediakan oleh pihak syarikat.

Kami sangat menghargai kehadiran para tetamu yang sudi hadir dan turut memeriahkan lagi Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2018.





























InstaForex

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini