Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kejatuhan harga minyak, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.1300/1350 berbanding 4.1100/1150 yang dicatatkan pada Jumaat lalu.

Penurunan harga minyak dan pasaran komoditi yang lembap telah mencetuskan sentimen negatif di kalangan peniaga, di samping ketidakpastian global terhadap United Kingdom, AS dan China.

“Pelabur kini mengambil sikap tunggu dan lihat menjelang rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China serta perkembangan sekitar isu Brexit,” katanya.

Penanda aras minyak mentah Brent merosot 1.42 peratus kepadapada AS$61.85 setong.

Secara keseluruhan, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0332/0389 daripada 3.0301/ 342 pada Jumaat dan menyusut sedikit berbanding euro kepada 4.6917/6982 daripada 4.6842/6903.

Unit tempatan juga merosot berbanding yen Jepun kepada 3.7724/7780 daripada 3.7507/7559 sebelum ini dan menyusut berbanding pound Britain kepada 5.3335/3404 daripada 5.3179/3248 pada Jumaat. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini