Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini berikutan tiada permintaan terhadap unit tempatan, menurut peniaga.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.1350/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1300/1350 direkodkan semalam.

Peniaga masih terikat dengan prospek pertumbuhan global dengan tumpuan terutamanya kepada Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah selain data ekonomi dari China.

“Meskipun harga minyak meningkat, ringgit masih diniagakan rendah dan kita lihat esok selepas mesyuarat Bank Pusat Eropah,” kata peniaga sambil menambah penggubal dasar dijangka memberi maklum balas mengenai ekonomi Zon Eropah yang perlahan.

Secara keseluruhan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0420/0461 daripada 3.0332/0389 pada Selasa dan merosot sedikit berbanding euro kepada 4.6949/6026 daripada 4.6917/6982.

Bagaimanapun, unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.7701/7756 daripada 3.7724/7780 sebelum ini, namun berkurangan berbanding pound kepada 5.3689/3770 daripada 5.3335/3404 semalam. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini