Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS disokong oleh harga minyak yang tinggi, kata seorang peniaga.
Pada 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.1100/1150 berbanding dolar AS daripada 4.1120/1150 semalam.
Peniaga berkenaan berkata, peningkatan harga minyak memberi sokongan kepada ringgit memandangkan mata wang Asia lain susut berikutan ketidaktentuan global terutama membabitkan United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan China.
“Rundingan perdagangan antara AS dan China pada hujung bulan ini dipantau dengan rapat oleh pelabur selain melihat dengan penuh minat perkembangan di UK berhubung Brexit,” katanya kepada Bernama.
Pada waktu berita ini ditulis, penanda aras minyak mentah Brent adalah AS$61.54 setong.
Secara keseluruhan, ringgit didagangkan kebanyakan tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0301/0342 daripada 3.0318/0344 semalam dan tinggi sedikit berbanding euro kepada 4.6842/6903 daripada 4.6844/6895 semalam.
Ringgit juga meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7507/7559 daripada 3.7811/7850 sebelumnya, tetapi susut berbanding pound British kepada 5.3179/3248 daripada 5.2954/2009.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini