Ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS awal dagangan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS awal dagangan



KUALA LUMPUR: Ringgit lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi dagangan awal hari ini, kata peniaga.

Pada 9.10 pagi, ringgit pada paras 4.0950/0990 berbanding 4.0970/0020 ketika ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata, pelabur akan memberi perhatian pada angka data pengangguran Malaysia bagi November yang akan dikeluarkan hari ini.

Secara keseluruhan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0271/0305 daripada 3.0238/0286 dicatatkan pada Isnin dan pound British kepada 5.2752/2807 daripada 5.2577/2653, sebelumnya.

Mata wang tempatan turut jatuh berbanding euro kepada 4.6982/7048 daripada 4.6960/6034.

Ia, bagaimanapun naik berbanding yen Jepun kepada 3.7791/7831 daripada 3.7879/7936.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini