Bagaimana sentimen pasaran boleh memberi kesan ke atas keputusan perdagangan anda - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bagaimana sentimen pasaran boleh memberi kesan ke atas keputusan perdagangan anda



Bila anda membaca atau menonton analisis, anda sering dihadapkan dengan pernyataan seperti berikut: "anda disyorkan untuk berdagang berdasarkan sentimen pasaran." Adakah anda berasa terkejut mendapati pasaran mempunyai perasaan? Itu benar sekali, tentunya! Oleh kerana pasaran itu realitinya adalah sekumpulan besar pemain pasaran, di mana setiap seorang dari mereka adalah manusia biasa seperti kita, ia mempunyai keterikatan dengan psikologi manusia yang kuat. Pasaran kewangan didorong oleh emosi dan fakta ini digunakan oleh para pedagang yang pintar untuk membuat wang. Di dalam artikel ini kami akan membantu anda memahami jenis-jenis sentimen pasaran dan kaedah mentahkiknya.

Apakah itu sentimen pasaran?

Secara umumnya, istilah "sentimen pasaran" merujuk kepada "mood" pasaran sewaktu sesi perdagangan semasa. Kita boleh bandingkan sentimen di pasaran dengan mood individu. Ia boleh berubah dalam masa yang singkat atas pelbagai sebab, kerana ia boleh terkesan dengan pelbagai fikiran, perasaan, dan tindakan.

Sentimen itu menentukan permintaan dan penawaran untuk suatu matawang, saham atau komoditi. Jika pasaran positif tentang prospek semasa, maka bulls akan mula membeli lebih banyak, meningkatkan permintaan dan lantas dari itu menolak harga naik ke paras tinggi yang baru. Kita boleh mengistilahkan keadaan ini sebagai pasaran yang bullish (a bullish market). Begitu juga sebaliknya, jika pasaran pesimistik, harga boleh dijangkakan untuk jatuh. Dalam kes sebegini, pasaran adalah bearish.

Sentimen utama di satu-satu pasaran biasanya menentukan sentimen keseluruhan pasaran. Secara spesifiknya, sentimen bullish atau bearish yang kuat akhirnya akan menguasai pasaran tidak lama kemudian. Misalannya, anda memutuskan untuk membuka satu posisi short untuk AUD/USD. Dalam masa yang sama berita posiitf telah diumum dan memperelok sentimen pasaran. Sentimen "risk-on" mengakibatkan peningkatan harga pada aset-aset yang berwajaran risiko. Anda memutuskan untuk meneruskan rancangan anda dan tidak mempedulikan sentimen pasaran. Pasangan matawang tersebut mulai naik dan anda kehilangan wang kerana anda gagal memberikan perhatian sewajarnya kepada sentimen pasaran. Memahami pentingnya sentimen di pasaran boleh membantu anda mengelakkan kesilapan yang sebegini

Perbezaan antara sentimen pasaran dan faktor-faktor fundamental.

Sentimen pasaran sering disebut sebagai salah satu bentuk analisis fundamental. Namun, ia tidak didasarkan kepada fundamental pada setiap masa. Perbezaan utamanya terletak pada masa. Sentimen cenderung untuk mendorong pasaran di dalam jangka masa pendek. Di dalam satu tempoh masa yang pendek, pergerakan di pasaran dipengaruhi secara mutlak oleh perasaan pedagang dan berita. Bila anda berdagang di rangka masa (timeframe) yang lebih besar, anda perlu memberikan perhatian kepada fundamental, yang mana ia merangkumi beberapa senario ekonomi yang menyeluruh, dasar monetari bank pusat dan keadaan ekonomi suatu negara.

Katakanlah, Amerika Syarikat sedang menikmati suasana ekonomi yang kukuh dan Rizab Persekutuan mengunjurkan beberapa kenaikan kadar di bulan-bulan yang bakal menjelang. Ini menjadikan USD lebih menarik bagi para pelabur dan pedagang di dalam tempoh jangka panjang. Bagaimana pun, kita tahu bahawa harga tidak bergerak dalam garisan lurus dari titik A ke titik B. Justeru, harga untuk USD ada naik dan turunnya di dalam uptrend jangka panjang. Ada beberapa sebab di sebalik pergerakan seperti ini, dan sentimen pasaran salah satu daripadanya. Sentimen pasaran biasanya berdasarkan kepada data jangka pendek atau berita-berita penting

Sekarang, mari kita lihat jenis-jenis sentimen risiko.

Sentimen pasaran ini terbahagi kepada 2 jenis: sentimen risk-off dan risk-on. Kedua-duanya menjelaskan tentang situasi di pasaran bila majoriti pelabur besar menggerakkan wang mereka dalam tindak balas terhadap suasana ekonomi global atau peristiwa geopolitik

Sentimen risk-on

Sentimen risk-on merujuk kepada persekitaran di mana para pelabur dan pedagang tidak takut hendak beroperasi dengan aset-aset berisiko, seperti saham dan matawang yang mempunyai pulangan faedah yang tinggi dan matawang pasaran-pasaran membangun. Matawang-matawang yang menawarkan pulangan faedah yang tinggi (dolar Australia dan New Zealand) menjadi lebih menarik di persekitaran risk-on kerana pembeli matawang dapat berpartisipasi dalam pulangan faedah tersebut. Matawang pasaran membangun, seperti lira Turki, real Brazil, rand Afrika Selatan dan peso Mexico boleh mendapat manfaat dari waktu-waktu risk-on juga. Saham dianggap aset berisiko, tidak seperti dolar AS atau bond Perbendaharaan AS (US Treasury bonds).

Sentimen risk-on boleh berlangsung dari beberapa minit sehinggalah beberapa minggu bergantung kepada kekuatannya. Ia juga boleh berubah sekelip mata sebagai kesan dari arus maklumat yang diikuti oleh para pedagang.

Sentimen risk-off (mengelak risiko)

Sentimen risk-off adalah berlawanan dengan situasi risk-on di pasaran. Sewaktu suasana risk-off, para pelabur dan pedagang mengelak dari beroperasi dengan aset-aset berisiko kerana bimbang kehilangan wang. Mereka menggerakkan wang mereka dari aset berwajaran risiko (risk weighted assets) keapda aset-aset perlindungan (safe haven assets).

Secara idealnya, matawang perlindungan adalah matawang yang dimiliki oleh negara yang mempunyai surplus akaun semasa yang diiringi oleh sistem kewangan dan politik yang stabil dan nisbah hutang melawan KDNK yang rendah. Bagaimana pun, dalam kehidupan sebenar, setiap negara mempunyai nisbah hutang melawan KDNK yang tinggi. Ini sebabnya mengapa para pedagang mencari tempat teruk yang paling baik untuk meletakkan wang mereka. Sewaktu sentimen risk-off, pedagang cenderung untuk membeli yen Jepun, franc Switzerland, dolar AS, emas, dan bond Perbendaharaan AS

Cara-cara mengenal pasti sentimen pasaran

Volum. Jika anda dagangkan saham, anda boleh gunakan volum untuk menilai keadaan semasa pasaran. Contohnya, jika harga suatu saham terus meningkat tetapi volumnya rendah, ini mungkin bererti sentimen pasaran sedang melemah.

Di pasaran Forex, anda boleh menggunakan indikator volum, seperti "money flow index" atau "on balance volume" untuk mengukur sentimen pasaran. OBV menunjukkan hasil yang lebih andal. Ia adalah sistem penambahan volum kumulatif sewaktu satu tempoh di mana pasaran ditutup bullish dan ditolak volum sewaktu tempoh di mana pasaran ditutup bearish.

Jika sebarang perubahan (menaik atau menurun) terjadi pada garisan OBV tanpa diiringi oleh perubahan serentak harga, ini mungkin menunjukkan trend semasa akan menyongsang arah di masa terdekat. Situasi ini digambarkan dengan carta H4 USD/CAD. Namun, anda harus ambil kira pengesahan-pengesahan lain sebelum membuat sebarang keputusan spontan.



Anda juga boleh gunakan cara-cara lain untuk menilai sentimen pasaran.

Di sini kami senaraikan cara yang paling digunakan:

- CBOE Volatility Index (VIX). VIX juga dikenali sebagai "indeks ketakutan". Ia mengikut harga opsyen dan mengukur kemeruwapan yang tersirat. Harga-harga ini digunakan oleh para pelabur dan untuk melindungi diri mereka dari sebarang kemungkinan pembetulan pada harga. Beringatlah selalu bahawa lebih tinggi kemeruwapan tersirat, lebih tinggilah ketakutan terhadap perubahan yang mungkin berlaku pada trend. Begitu juga sebaliknya, paras yang rendah pada indeks kemeruwapan menunjukkan sentimen yang stabil dan penerusan trend semasa.


Di carta di atas, kita boleh lihat kemeruwapan telah mula menyusut, menunjukkan keyakinan pemain-pemain terhadap situasi semasa pasaran dan peningkatan sentimen risk-on, seperti yang disahkan di carta AUD/USD.



 - Put/call ratio. Nisbah ini mengukur bilangan opsyen put (yang menjangkakan harga akan turun) dibahagi dengan bilangan opsyen call (yang menjangkakan harga akan naik). Jika nisbah ini jatuh bawah 1, itu bermakna ada lebih banyak opsyen call dan para pelabur menjangkakan akan berlakunya lantunan. Di satu sisi lain pula, nisbah lebih tinggi dari 1 menandakan lebih ramai pelabur berfikir pasaran mungkin akan mula untuk merosot.

Kesimpulan

Bukanlah lagi rahsia betapa kebanyakan pedagang yang handal di kurun lalu adalah ahli psikologi profesional. Itu adalah kerana mereka perlu memahami kelakuan khalayak (crowd behavior) dan cuba menduga sentimen pasaran. Hari ini, anda tidak perlu menjadi ahli psikologi profesional untuk mencadangkan apakah arah masa depan suatu harga kerana ada banyak indikator yang boleh membantu anda meneka mood semasa pasaran. Sungguh begitu, pemahaman yang mendalam tentang sentimen pasaran diperlukan untuk melindungi diri anda dari natijah yang tidak dijangkakan.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini