Ringgit dibuka rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit berundur daripada kenaikan semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan aktiviti pengambilan keuntungan di kebanyakan mata wang pasaran baharu muncul, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0700/0730 berbanding 4.0650/0700 semalam.

Peniaga berkata, kebimbangan dalam kalangan pelabur tercetus selepas Presiden AS, Donald Trump, mengumumkan bahawa beliau akan menangguhkan pelaksanaan tarif terhadap import China, menandakan terdapat kemajuan pada rundingan perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menyusut berbanding pound British kepada 5.3419/3462 daripada 5.3170/3240 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6650/6687 daripada 3.6721/6769 pada Isnin.

Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0157/0182 berbanding 3.0113/0155 dan menyusut berbanding euro kepada 4.6235/6273 daripada penutup Isnin 4.6130/6203.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini